Rakan Sekerja DiTembak Kerana Disuruh Perlahankan Radio

Rakan Sekerja DiTembak Kerana Disuruh Perlahankan Radio

BANGKOK – Seorang lelaki Myanmar di daerah Phrom Phiram, Thailand, ditahan polis kerana menembak dan membunuh rakan sekerjanya selepas dia diminta memperlahankan bunyi radio yang didengar ketika bekerja, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Menurut Timbalan Ketua Penyiasat Phrom Phiram, Kapten Kanapot Intaputi, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 malam (waktu tempatan) di sebuah bengkel membaiki kereta golf di kelab golf Silver Star.



Saksi memberitahu polis bahawa mangsa, Pongthep Phloiprasong, 46, telah meminta suspek, Te Aw, 37, untuk memperlahankan radionya kerana mendakwa bunyinya terlalu kuat dan menjengkelkan.

Suspek yang merupakan pekerja asing dari Myanmar kemudian mengambil sepucuk senapang patah dari bawah sebuah mesin pemotong rumput berhampiran dengannya lalu menembak mangsa dengan satu das tembakan.

Mangsa mengalami kecederaan parah  akibat terkena  tembakan dan mati selepas tiba di Hospital Phrom Phiram.



Suspek kemudiannya ditahan polis dan didakwa melakukan pembunuhan. – Agensi / TheThaiTiger

Rakan Sekerja DiTembak Kerana Disuruh Perlahankan Radio


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan



Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker