Air Selangor Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Air Selangor Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) untuk rekod ‘Penyertaan Terbesar Bagi Persembahan Lagu Secara Maya’ sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-64.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri berkata rekod itu disahkan MBOR semasa sesi nyanyian beramai-ramai lagu ‘Tanggal 31 Ogos’ dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad secara serentak pada 20 Ogos lepas melibatkan 3,126 warga kerja di ibu pejabat serta semua pejabat wilayah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di sebalik kekangan yang dihadapi sepanjang tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), Air Selangor telah berjaya melaksanakan acara sambutan ini menerusi platform dalam talian.

“Acara ini diadakan dengan matlamat untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja Air Selangor, di samping terus mendukung semangat #kitajagakita sepanjang tempoh pandemik yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Elina berkata dengan tema Malaysia Prihatin, Air Selangor turut mengagihkan 150 bekalan makanan asas ‘Box of Hope’ kepada komuniti yang memerlukan di sekitar Semenyih, Kajang dan Sungai Ramal pada 24 Ogos lepas.

— BERNAMA

Air Selangor Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker