Saya bersyukur UMNO kembali kuasai kerajaan – Shamsul
Saya bersyukur UMNO kembali kuasai kerajaan – Shamsul
Bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah bersyukur kerana kerajaan memerintah kini kembali diketuai UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga bersyukur kerana beliau ada menyumbang sedikit kepada sehingga parti kembali menerajui kerajaan.
“Saya rakamkan ucapan tahniah di atas pembentukan barisan Kabinet oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Harapannya pasukan ini akan melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat kerana itulah yang ditunggu oleh semua.
“Saya pastinya bersyukur kerana UMNO BN kembali menerajui kerajaan. Dan saya dapat sedikit menyumbang hingga UMNO kembali menerajui serta membentuk kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca Artikel Menarik :
- Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri
- Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang
- Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri
- Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang
- PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril
- Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil
- Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO]
- Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video)
- Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya….
- Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi
- Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun
Layari Laman Facebook MYKMU
Menurutnya, jaga rakyat kerana itu adalah keutamaan.
“Kepada Allah kita berserah. Kerana Dia yang mengatur semuanya. Alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, semasa kemelut pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shamsul Anuar dan seorang lagi menteri, Datuk Noraini Ahmad dari UMNO meletakkan jawatan.
Bagaimanapun Noraini kembali dilantik menjadi Menteri Pengajian Tinggi selepas Kabinet baharu dibentuk Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini. MG
Saya bersyukur UMNO kembali kuasai kerajaan – Shamsul
You must be logged in to post a comment.