Bapa patah tulang rusuk ditendang anak

Bapa patah tulang rusuk ditendang anak

Seorang warga emas mengalami patah tulang rusuk akibat ditendang oleh anak bongsunya yang berang selepas ditegur menconteng dinding rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Basri Sagoni berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek telah ditegur oleh bapanya yang berusia 68 tahun kerana menconteng dinding rumah mereka.

“Tidak berpuas hati dengan teguran bapanya, anak bongsu mangsa bertindak memarahi dan menendang mangsa pada rusuk kanan badan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Basri berkata, mangsa yang yang mengalami kecederaan pada perut dan leher itu kemudian bertindak keluar dari kediaman tersebut untuk pulang ke rumah isterinya di Seremban sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar.

“Pakar perubatan mengesahkan mangsa yang merupakan seorang pesara juruteknik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu mengalami patah salah satu tulang rusuk kanan.

“Mangsa membuat laporan polis pada jam 2.08 petang pada Khamis,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jelasnya, suspek berusia 26 tahun yang merupakan penganggur itu kemudian ditahan di PPR berkenaan sekitar jam 9.20 malam pada Khamis.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek dijalankan dan didapati negatif. Suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Suspek mengaku telah menendang perut bapanya kerana mahu mempertahankan diri daripada dipukul,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan. Sinar

Bapa patah tulang rusuk ditendang anak

TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker