Kerana ‘Janji Manismu’ Aziz, Wanita Rugi RM60,000

Kerana ‘Janji Manismu’ Aziz, Wanita Rugi RM60,000

KUANTAN: Terpedaya dengan janji bakal dikahwini, seorang tukang masak kerugian RM60,000 apabila memasukkan wang ke dalam satu akaun, selepas diminta teman lelakinya yang dikatakan menetap di luar negara.

Kejadian bermula pada Jun lalu, apabila mangsa berusia 45 tahun berkenalan dengan lelaki yang dikenali dengan nama Aziz Mohamad melalui media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sepanjang berkenalan, lelaki terbabit melayan mangsa dengan baik sehingga berjanji untuk berkahwin dengannya.

Menurutnya, selepas membuat janji itu, suspek mula mengatur strategi untuk menipu mangsa dengan meminjam wang daripadanya.

“Suspek memaklumkan mahu meminjam wang daripada mangsa kerana kad bank miliknya mengalami masalah dan berjanji akan membayarnya semula.

“Malah dalam sepanjang tempoh Jun hingga kini, mangsa telah membuat 30 transaksi ke empat akaun berbeza berjumlah kira-kira RM60,000 namun sehingga kini belum menerima wangnya semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai laporan itu, Mohd Wazir berkata, mangsa juga sering diperdaya dengan resit palsu daripada suspek.

Jelasnya, mangsa mula menyedari dirinya telah ditipu selepas mendapati semua wang simpanannya sudah kehabisan.-SH

Kerana ‘Janji Manismu’ Aziz, Wanita Rugi RM60,000


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker