Dari pelan keluar Covid-19 baik pelan keluar PM

Dari pelan keluar Covid-19 baik pelan keluar PM

oleh Gulam Muszaffar

Semalam Muhyiddin Yassin memaklumkan “pelan keluar” Covid-19. Pelan dia meleret-leret dan semuanya bersifat subjektif, menggunakan ayat seperti jika”, “kalau”, “bergantung”.



Jika dilihat secara objektifnya hanya satu yang kita boleh teka iaitu kerajaan darurat “minta nyawa” untuk tempoh enam bulan lagi selepas gagal tempoh darurat.

Bak kata orang putih “buy the time”.

Lawak kan, rangka pelan selepas darurat gagal. Sepatutnya rangka pelan sebelum bertindak. Plan before act.

Selama 12 bulan pertama Covid-19, apa pelan? Sambung enam bulan darurat, apa pelan? Dah gagal baru keluar cadangan pelan pemulihan.



It too late to rescue, everything in deep shit. Fatality number worrying. Itu tanda kerajaan ini gagal mengurus dan mentadbir negara.

Sebenarnya, nak lagi mudah dan lebih berjaya dalam urusan memerangi Covid-19 sepatutnya Muhyiddin buat kenyataan “pelan keluar” PM dan menyerahkan tugas PM kepada orang lain.

Lazimnya, bila tukar kepimpinan dalam apa juga ia akan lebih diyakini dan dihormati dalam mencatur dasar, pelan atau strategi dalam sesuatu kesatuan/organisasi atau syarikat.

Rakyat juga akan mempunyai harapan baru untuk bergantung hidup.



Darurat yang dirangka sebelum ini sudah terbukti gagal.

Apa jaminan bahawasanya “pelan keluar” Covid-19 akan berjaya sekiranya PM sedia ada gagal dan tiada wibawa untuk memimpin, ibarat nakhoda kapal berlayar songsang dan tiada hala tuju di tengah lautan dalam.

Oleh itu, bagi memulih dan menyelamatkan negara dan nyawa rakyat, dicadangkan PM umumkan “pelan keluar” sebelum 1 Ogos.

Masa anda memimpin negara telah berlalu dan tempoh 16 bulan memimpin telah gagal.



Lagi pun dia sendiri mengakui dan berkata tak boleh jaga 32 juta rakyat Malaysia.

Ramai rakyat sedang sengsara, perut makin lapar dan poket semakin susut.

Setiap hari kehidupan rakyat dibelenggu dengan kerenah birokrasi dan dasar kerajaan yang tidak kompeten, flip flop dan lebih teruk lagi ada menteri dan timbalan menteri yang gagal berfungsi dan hanya reti menghabiskan beras sahaja.

Timbang-timbangkan wahai PM demi negara dan rakyat tercinta. Jangan bersifat egoistik. Enough is enough.



GULAM MUSZAFFAR ialah setiausaha Umno bahagian Batu, Kuala Lumpur. Mk

Dari pelan keluar Covid-19 baik pelan keluar PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pucuk pimpinan di ambang pertukaran?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker