Anak baru keluar penjara belasah ibu
Anak baru keluar penjara belasah ibu
SIBU: Seorang lelaki yang baru keluar penjara dikatakan membelasah ibunya menggunakan kerusi plastik semata-mata berang motosikalnya ditarik pihak kedai, dalam kejadian di rumah panjang, di Sibu, semalam.
Dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, si ibu mengalami bengkak di kepala dan luka di tangan kiri akibat perbuatan anaknya itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Collin Babat, berkata suspek yang di luar kawalan bertindak memukul ibunya menggunakan kerusi plastik.
“Akibat tindakan suspek, ibunya mengalami bengkak di kepala dan luka di tangan kiri,” katanya, mengikut laporan Utusan Borneo.
Katanya, punca suspek bertindak sedemikian adalah kerana tidak berpuas hati dengan ibunya apabila motosikalnya ditarik oleh pihak kedai kerana perjanjian sewa beli tidak dipatuhi.
Baca Artikel Menarik :
- Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital
- Tunai umrah bersama, rakan baik songlap duit
- Azalina digesa dilantik sebagai Menteri KDN
- Dari Penternak Kambing Ke Laman Rumah Mentua, Kini Mr. Pepper Ada Kilang Sendiri
- Most Eligible Royal Bachelor Of Malaysia
- Azmin as DPM? Mediocrity breeds mediocrity
- Beri peluang Ismail Sabri jadi Menteri Kewangan
- Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib
- Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah
- Resepi Kek Paun Lemon Sedap
- Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri
Layari Laman Facebook MYKMU
Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau ditangkap polis susulan menerima panggilan daripada ibu suspek pada jam 11.40 pagi.
Suspek kini direman empat hari sehingga 29 Ogos untuk membantu siasatan lanjut.
Sebuah kerusi plastik turut dirampas sebagai barang bukti kes.
Difahamkan, suspek baharu sahaja keluar dari Penjara Sibu setelah menjalani hukuman penjara lima bulan atas kesalahan mengikut Seksyen 324/326a Kanun Keseksaan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Anak baru keluar penjara belasah ibu
You must be logged in to post a comment.