3 Kesalahan Bergurau Di Media Sosial Yang Boleh Mendatangkan Dosa

3 Kesalahan Bergurau Di Media Sosial Yang Boleh Mendatangkan Dosa

TEKNOLOGI zaman sekarang sangat hebat sehinggakan yang jauh menjadi dekat. Kemajuan ini sudah pasti menyenangkan kita semua dalam berurusan. Bukan itu sahaja gambar-gambar yang tidak boleh bergerak dapat digerak-gerakkan melalui aplikasi.

Semakin hebat teknologi sekarang semakin banyak ujian yang mendatang dan semakin lemah pegangan kita kepada hukum syarak sehinggakan mengaibkan orang lain. Kita sangkakan ia sebagai satu gurauan dan hiburan tetapi kita lupa dalam hidup ini ada panduan yang perlu diikuti.

Menjadi satu trend sekarang di mana ada sesetengah individu menggerak-gerakkan wajah orang lain dengan menggunakan aplikasi yang mana gambar tadi akan menyanyi mengikut rentak muzik. Gambar pemimpin digerak-gerakkan dan mendapat pula permintaan daripada orang ramai.

Tahukah kita perkara sebegitu walaupun dalam bentuk hiburan merupakan perkara yang diharamkan dalam syarak? Janganlah nanti pada hari kiamat semua pahala yang kita bawa akhirnya akan habis dek perbuatan kita pada hari ini.

Sabda Baginda Rasulullah:

Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?. Para sahabat menjawab: Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak mempunyai dirham dan dinar serta harta benda. Baginda bersabda: Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan diletakkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa). [HR Tirmizi 2342]

Media Sosial

Islam tidak melarang dalam kita berhibur tetapi perlulah kita ingat bahawa Islam tidaklah membuka ruang hiburan dengan seluas-luasnya.

Begitulah dahsyatnya dosa seseorang dengan orang lain jika mereka tidak meminta maaf sebelum mati.

Islam tidak menghalang untuk berhibur. Ini kerana kehidupan kita di atas muka bumi bukanlah semata-mata untuk melakukan ibadah seperti hanya duduk di dalam masjid, zikir yang berterusan atau membaca Al-Quran sepanjang masa. Tetapi kehidupan yang Allah berikan kepada kita mestilah digunakan dengan sebaik mungkin dalam mentaati perintah Allah.

Walaupun Islam tidak melarang dalam kita berhibur tetapi perlulah kita ingat bahawa Islam tidaklah membuka ruang hiburan dengan seluas-luasnya sehingga tidak ada batasan sama sekali.

Dalam isu ini terdapat tiga kesalahan yang besar dilakukan oleh si pelaku, iaitu;

1. MENTERTAWAKAN ORANG LAIN

Perbuatan sebegini hanya ada pada mereka yang tidak ada akhlak dan penuh dengan kebencian.

Sabda Baginda Rasulullah: Cukuplah seseorang dikatakan telah berbuat jahat jika ia merendahkan saudaranya muslim. [HR Ibn Majah 4203]

Menggunakan wajah-wajah orang lain tanpa kebenaran dan mengaibkan mereka haruslah diinsafi agar esok kita tidak menyesal dihari perhitungan setiap apa yang kita kerjakan di atas muka bumi ini.

Telefon

Benda yang dianggap gurauan boleh mengaibkan orang lain.

2. MENGAIBKAN ORANG

Bergurau untuk menjatuhkan maruah seseorang pada hari ini sudah menjadi kebiasaan tanpa memikirkan tentang hukum hakam. Memang menjadi satu kepuasan apabila kita boleh menjatuhkan maruah orang lain di hadapan khalayak ramai. Tetapi bagi seorang Muslim kita diajar untuk menjaga kehormatan saudara-saudara yang lain.

Sabda Baginda Rasulullah: Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya. [HR Bukhari 6484]

Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan.

3. MERENDAH-RENDAHKAN MARTABAT ORANG LAIN

Setiap kita tidak suka direndah-rendahkan oleh orang lain. Kita suka dipandang mulia dan disantuni. Oleh kerana itu, Islam tidak membenarkan seseorang merendahkan orang lain. Firman Allah di dalam Surah al-Hujurat: 1:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.

Hanya kerana ingin mencari perhatian dan follower, kita sanggup melakukan perkara yang diharamkan oleh Islam. Ingatlah bahawa kita telah melakukan dosa yang berpanjangan jika video yang dihasilkan disebarkan pula oleh orang lain dan mendapat like daripada mereka maka semuanya akan menjadi saham dosa.

Sabda Baginda Rasulullah: Barangsiapa mengajak kepada petunjuk maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan maka ia akan mendapatkan dosa seperti dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dari dosa mereka sedikitpun. [HR Abu Daud 3993]

Mungkin ada yang mengatakan semua benda tidak boleh dilakukan, semua perkara salah. Ingatlah wahai saudara-saudaraku bahawa perkara yang salah tetap salah walaupun niat kita hanya untuk menghiburkan orang lain. Ini kerana niat tidak menghalalkan cara. Walaupun niat kita baik tetapi jalan yang diambil dengan cara yang salah maka ia tetap salah.-mSTAR

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook 

3 Kesalahan Bergurau Di Media Sosial Yang Boleh Mendatangkan Dosa


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]

Sudah Lama Berlalu, Chong Wei Enggan Dedah Nama Perasuah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker