Tinggalkan cara lama, buat dasar baharu

Tinggalkan cara lama, buat dasar baharu, kata ahli ekonomi

Kepimpinan Ismail Sabri Yaakob mesti meninggalkan politik perpecahan dan budaya “orang tengah”, dan tampil dengan model pembuatan dasar baharu, kata ahli ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mohamed Aslam Haneef.

Antara perubahan yang diperlukan adalah melantik Jemaah Menteri bipartisan yang lebih kecil, bukan yang berlebihan menteri seperti yang dibentuk Muhyiddin Yassin.



Jemaah Menteri Ismail mestilah ringkas dan dianggotai individu yang berkebolehan dan layak, “bukan 114 Ahli Parlimen yang menyokong beliau”, kata Aslam kepada FMT.
.
“Sehingga pilihan raya umum (PRU) berikutnya, Jemaah Menteri baharu idealnya harus menjadi pasukan rentas parti, yang mempromosikan idea kerajaan perpaduan.

“Oleh itu, kerajaan juga perlu memastikan penyertaan bermakna Ahli Parlimen pembangkang, bukan hanya jawatan token yang tiada kuasa atau suara sebenar,” katanya.

Libatkan ahli profesional dan pakar untuk menyelesaikan cabaran kesihatan serta tekanan ekonomi, tambahnya.

Aslam berkata, model lama politik perkauman telah menimbulkan akibat yang tidak diingini, termasuk ketidakcekapan, pembaziran, kebocoran dan rasuah.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Sistem ini bukan sahaja mencipta budaya ‘orang tengah’ yang mempromosikan kelas ‘rentier’, golongan yang mendapat bahagian mereka tanpa melakukan apa-apa yang produktif, malah mempolarisasi masyarakat antara kumpulan etnik dan mewujudkan kumpulan terpinggir,” katanya.

Jemaah Menteri baharu mesti dapat menanam keyakinan dalam kalangan masyarakat dan pelabur.



Kata Aslam, model lama politik perpecahan telah menyebabkan krisis ekonomi yang serius.

“Kemiskinan meningkat, pendapatan dan gaji menurun, perniagaan mikro dan kecil gulung tikar dan pelaburan berada pada tahap terendah.

“Politik perpecahan yang lama dan pengurusan dasar ekonomi yang tidak cekap juga harus dipersalahkan atas kegagalan ini,” katanya.

Beliau menyarankan agar model yang serupa dengan ekonomi pasaran sosial, yang mengiktiraf peranan individu atau pasaran tetapi dengan keseimbangan sosial, diterapkan untuk mengembalikan negara kepada landasan yang betul.



“Model ini perlu menekankan rangka kerja yang lebih berperikemanusiaan dan beretika. Pembuatan keputusan ekonomi seseorang mestilah mengambil kira orang lain.

“Keuntungan secara individu mesti diseimbangkan dengan tanggungjawab sosial. Jika model ini berjaya disesuaikan, ia boleh menjadi asas model Malaysia tulen untuk masa depan,” katanya. FMT

Tinggalkan cara lama, buat dasar baharu

Nora Danish dihentam netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker