Gelar penjawat awam, media barua kerajaan tindakan melampau – Mahfuz tegur Sanusi

Gelar penjawat awam, media barua kerajaan tindakan melampau – Mahfuz tegur Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disifatkan melampaui batas apabila melabel agensi kerajaan dan media sebagai ‘barua’ kepada Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang mengakui kecewa dengan kenyataan susulan siasatan terhadap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini berkata, reaksi Sanusi itu tidak sesuai dengan seorang Menteri Besar.



“Ia benar-benar memalukan. Dia (Sanusi) perlu sedar dia memegang jawatan yang sebagai pihak yang berkuasa dan tidak sepatutnya melabel agensi penguat kuasa undang-undang sebagai ‘barua’.

“Perlukah agensi penguatkuasaan dihalang daripada menjalankan tugas mereka? Itu tidak betul.

“Sanusi juga tidak sepatutnya mengutuk wartawan yang melaporkan fakta daripada prosiding mahkamah kerana mereka ini melaporkan apa yang berlaku, apa yang didokumenkan, dan apa yang dinyatakan.

“Jangan anggap mereka yang melaporkan secara automatik bersalah atau menjadi ‘barua’ untuk menindas orang lain,” katanya ketika dihubungi.



Jumaat lalu, SPRM menahan reman Ketua Pegawai Eksekutif KFA bersama tiga yang lain susulan siasatan terhadap kes meminta dan menerima rasuah RM6 juta membabitkan badan induk bola sepak negeri itu.

Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Sanusi ketika mengulas tangkapan itu bagaimanapun menganggap semua tuduhan yang dilemparkan ke atas individu yang disiasat dan ke atas KFA sebagai fitnah dan sedia membongkar perkara itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata Sanusi selaku Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) sepatutnya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes itu, bukannya melepaskan kemarahan kepada orang lain.



“Apakah (dengan tindakan seperti itu) dia mencadangkan supaya kita menutup balai polis dan SPRM? Ini tidak sesuai. Ini bukan zaman Raja Bersiung (zalim),” tambahnya.

Mengulas lanjut, Mahfuz mengecam tindakan Sanusi mengganggu penjawat awam dalam menjalankan siasatan secara adil sambil menghina institusi diraja negara memandangkan agensi penguatkuasaan undang-undang berada di bawah bidang kuasa Yang-di-Pertuan Agong.

“Pada pendapat saya, pihak berkuasa, khususnya SPRM, harus mengambil tindakan untuk menangani dakwaan ini,” katanya. BH

Gelar penjawat awam, media barua kerajaan tindakan melampau – Mahfuz tegur Sanusi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker