Keabsahan di Parlimen sudah tidak relevan

KEABSAHAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah tidak perlu dibuktikan di Parlimen kerana pelantikannya adalah sah mengikut syarat yang diperakui dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penganalisis Undang-Undang, Profesor Dr Khairil Azmin Mokhtar berpendapat usul undi percaya di Parlimen tidak perlu dibangkitkan memandangkan pelantikan Ismail Sabri sudah sah apabila beliau mengangkat sumpah di Istana Negara pada Sabtu.

“Tidak perlu keabsahan di Parlimen kerana pelantikannya itu sudah sah sejurus beliau mengangkat sumpah di Istana Negara. Kalau ikut perlembagaan, apabila Seri Paduka yakin seseorang ahli Dewan mendapat majoriti itu dilantik dan mengangkat sumpah, secara automatik jawatan itu sudah sah.

“Pelantikan beliau tetap lunas mengikut undang-undang yang sah. Jika kita lihat Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan pun sudah dinyatakan terpulang pada hemat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk tentukan siapa mendapat majoriti,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sekiranya ada titah daripada Seri Paduka untuk tetap mengadakan usul undi percaya di Parlimen walaupun Ismail Sabri sudah mengangkat sumpah, maka titah itu perlu dilakukan sebagai tanda hormat.

“Walaupun pelantikan Ismail Sabri sah mengikut undang-undang dan tidak perlu membuktikan keabsahannya, namun jika Yang di-Pertuan Agong menitahkan untuk tetap mengadakan undi percaya di Parlimen, maka beliau wajar menurut perintah.

“Tindakan itu sebagai tanda menghormati titah Seri Paduka dan bukan kerana ia wajib dalam undang-undang.

“Kesimpulannya, tidak ada peruntukan undang-undang namun sekiranya Yang di-Pertuan Agong berkehendak sebegitu, maka wajar diikuti untuk menghormati titah Seri Paduka,” katanya.

Bukti majoritiKhairil Azmin yang juga Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, undi usul percaya atau tidak percaya di Parlimen itu sekadar menjawab sebarang kemungkinan dan persoalan tentang majoriti seseorang individu.

“Proses di Parlimen adalah untuk membuktikan sama ada beliau ada majoriti atau tidak sahaja.

“Ia salah satu cara yang jelas mengikut perlembagaan untuk membuktikan dan menentukan dakwaan beliau mempunyai sokongan atau tidak.

“Yang di-Pertuan Agong juga boleh menentukan sama ada seseorang itu mempunyai majoriti atau tidak tanpa usul undi percaya seperti baru-baru ini apabila Seri Paduka telah menemu duga seorang demi seorang menteri.

Pemuda Umno mahu Tok Mat sebagai menteri kewangan

“Selain itu, menunjukkan akuan bersumpah (SD) atau mengundi juga salah satu cara munasabah untuk membuktikan beliau mempunyai sokongan tertentu,” katanya. Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, Perlembagaan Persekutuan juga tidak menyatakan sebarang syarat bahawa perkenan Yang di-Pertuan Agong perlu diuji di Dewan Rakyat.

Tegas beliau, perkenan Seri Paduka ialah secara sah jadi tidak perlu undi percaya dilakukan terhadap Perdana Menteri.

Syamrahayu turut mengulas isu tersebut di Facebooknya dengan menulis:

“Sebelum saya menjawab isu utama bagi tujuan penulisan ini, saya mahu menyatakan beberapa perkara tentang kedudukan undang-undang:

“Pertama, Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk memberi pengesahan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dalam hal pelantikan perdana menteri.

“Kedua, tiada peruntukan dalam Perlembagaan tentang undi percaya. Ia adalah amalan atau adat perlembagaan yang tidak mengikat sehinggalah ia menjadi suatu undang-undang dengan cara dikanunkan atau diiktiraf oleh mahkamah.

“Ketiga, pelantikan Perdana Menteri adalah sah setelah mendapat perkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya berlakunya upacara menandatangani surat cara pelantikan, sumpah taat setia dan sumpah simpan rahsia yang kemudiannya lantikan tersebut hendaklah diwartakan.

“Keempat, sekiranya Tuanku titah untuk diadakan undi percaya, itu adalah bagi tujuan mengukuhkan kedudukan seorang perdana menteri atau sesebuah kerajaan, bukan untuk memberi pengesahan kepada perkenan yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Wibawa kuasa AgongMenurut Syamrahayu, kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong amat berwibawa dan tidak perlu disahkan oleh mana-mana pihak termasuk Parlimen.

“Ia kuasa budi bicara Seri Paduka. Membenarkan ia wajib disahkan oleh Parlimen dalam apa cara sekali pun, akan merendah-rendahkan kuasa budi bicara/ perkenan Seri Paduka.

“Justeru, kalaupun Seri Paduka titahkan untuk dibuat undi percaya, ia bukan bertujuan mengesahkan atau memberikan keabsahan kepada lantikan yang telah diberi perkenan oleh Seri Paduka.

“Tindakan mendapatkan undi percaya itu adalah bagi mengukuhkan kerajaan.

“Melaksanakan titah ini adalah baik untuk kerajaan itu sendiri walaupun ia hanya adat perlembagaan.

“Saya mengambil berat tentang fungsi perkenan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong kerana saya tidak mahu kemudian hari nanti orang ramai atau para pemain demokrasi menyatakan perkenan Yang di-Pertuan Agong tersebut boleh disahkan oleh Parlimen,” tegas beliau.

Keabsahan di Parlimen sudah tidak relevan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Senarai kabinet diumum minggu ini – Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker