Nampak Serius Tapi Ismail Sabri PM Ke-9 Suka Menyakat Anak Isteri, Juga Peminat Chelsea, Jamal Abdillah

Nampak Serius Tapi Ismail Sabri PM Ke-9 Suka Menyakat Anak Isteri, Juga Peminat Chelsea, Jamal Abdillah

TEKA-teki akhirnya terjawab mengenai siapa yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9, tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pelantikan Ahli Parlimen Bera itu sebagai perdana menteri yang baharu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Umum mengetahui anak kelahiran Temerloh, Pahang merupakan Naib Presiden Umno dan menyertai jemaah menteri sejak 2008 serta mengetuai beberapa kementerian sehingga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jom kita tinjau sisi lain bekas peguam lulusan undang-undang dari Universiti Malaya (UM) yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini.

Menantu Ismail Sabri iaitu pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie berkongsi info menarik mengenai perdana menteri yang baharu.

Berikut adalah 10 info menarik mengenai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:

1. Warna kegemarannya adalah biru kerana merasakan rona itu boleh membuatkan beliau kelihatan muda.

2. Dari segi gaya, Ismail Sabri suka mencuba sesuatu yang baharu, very adventurous, suka kelihatan muda dan ceria serta tidak takut bermain dengan warna.

ismail sabri hael jamal

Hael Husaini (kiri) dan Jamal Abdillah merupakan penyanyi kesukaan Ismail Sabri.

3. Kelihatan serius dan tenang di khalayak, namun beliau lebih relaks apabila berada di rumah di mana dan suka bergurau serta menyakat isteri dan anak-anak.

4. Kuat makan! Menyukai masakan patin tempoyak, singgang, nasi kerabu dan nasi dagang.

ismail sabri cucu

Ismail Sabri bersama cucu, Jeanelle. foto instagram ninaismailsabri

5. Aktiviti masa lapang di rumah adalah menonton Netflix, bermain dengan cucu dan membaca.

6. Bercuti bersama keluarga adalah cara paling digemarinya untuk mengisi masa lapang.

ismail sabri keluarga

Ismail Sabri (duduk, dua kanan) bersama keluarga. foto instagram jmandagie

7. Mempunyai bakat terpendam iaitu menyanyi dan beliau memang suka menyanyi.

8. Penyanyi kesukaannya adalah Bee Gees, Eric Clapton dan Michael Buble. Pilihan penyanyi tempatan pula Datuk Jamal Abdillah dan Hael Husaini, termasuk anak beliau, Dafi.

ismail sabri chelsea

Ismail Sabri merupakan penyokong setia Chelsea. foto Twitter IsmailSabri60

9. Cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia empat tahun adalah cahaya mata sulung anak perempuannya, Datin Nina Sabrina bersama Jovian Mandagie. Jeanelle memanggilnya Atuk dan beliau suka melayan Jeanelle menyanyi serta menari.

10. Ismail Sabri meminati sukan bola sepak, malahan beliau adalah penyokong setia Chelsea!-mSTAR

Nampak Serius Tapi Ismail Sabri PM Ke-9 Suka Menyakat Anak Isteri, Juga Peminat Chelsea, Jamal Abdillah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terpaksa Akur Arahan Bertocang macam ELSA, Ismail Sabri Kongsi Sekitar Majlis Hari Lahir Cucu Kesayangannya

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker