Terpaksa Akur Arahan Bertocang macam ELSA, Ismail Sabri Kongsi Sekitar Majlis Hari Lahir Cucu Kesayangannya

Namun, Datuk Seri juga turut berkongsi saat2 bahagia bersama keluarga terutama dengan cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie yang juga anak kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Sabrina.

Menerusi posting beliau di media soslal miliknya semalam, Ismail Sabri telah berkongsi gambar bersama kanak-kanak berusia tiga tahun itu dengan kapsyen yang agak lucu.

Menurut Ismail Sabri, cucu sulungnya telah ‘Memaksa’ beliau untuk menjadi Olaf The Snowman iaitu salah satu watak dalam filem animasi Frozen, namun tidak lama selepas itu terpaksa pula menjadi Puteri Elsa.

Walau bagaimanapun, beliau tetap ‘mengikut arahan’ Jeanelle dan bergambar bersama rambut tocang palsu di kepala.

Ulang tahun kelahiran Jeanelle itu disambut dengan tema Frozen apabila kanak-kanak comel tersebut berpakaian seperti watak dalam filem animasi berkenaan.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur melihat beliau melayan cucunya ketika di luar waktu bekerja.

Mereka juga meninggalkan komen dengan berseloroh dengan menyatakan datuk pasti akan ‘kalah’ dengan Jeannelle, lebih-lebih lagi melihat wajah comel cucu kesayangannya itu.

Sumber: Ismail Sabri Yaakob via OHMyMedia

CUCU MAHATHIR MENGAKU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KANTOI LANGGAR PKPP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker