Wanita temui skru dan selak dalam piza

Wanita temui skru dan selak dalam piza. Seorang pelanggan rangkaian restoran piza di Britain terkejut apabila menemui skru dan selak pada sekeping piza yang dipesan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Barton, pada 29 Julai lepas sedang menikmati piza tersebut sebelum menyedari terdapat objek besi melekat dalam  keju pada bahagian atas piza itu.

Dia lantas menghubungi restoran berkenaan untuk membuat aduan.



“Sila periksa semula piza anda sebelum makan. Saya tidak dapat bayangkan sekiranya saya atau orang lain termakan objek tersebut.

“Terdapat isu keselamatan dan kesihatan serta kemungkinan berlakunya insiden tercekik di sini.

“Sila kongsikan kejadian ini kerana ia berkemungkinan menjadi isu yang lebih serius buat orang lain,” tulisnya pada satu hantaran di media sosial.

Pihak restoran berkenaan membuat permohonan maaf atas insiden tersebut.



“Sebaik menerima aduan Barton, kami memohon maaf atas masalah yang dihadapi dan telah membuat siasatan terhadap cawangan tersebut.

“Kami telah mengingatkan pasukan restoran kami mengenai prosedur yang sebetulnya bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berulang lagi pada masa hadapan,” kata pengurusan restoran itu  dalam satu kenyataan.

Selepas memohon maaf, pihak restoran itu mengembalikan semula wang kepada Barton. – Agensi

Wanita temui skru dan selak dalam piza




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




MKT berpesan jangan berebut jawatan

Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker