Lelaki tular pukul pekerja kedai serbaneka didenda

Lelaki tular pukul pekerja kedai serbaneka didenda. Seorang lelaki yang tular menendang pekerja sebuah kedai serbaneka dua minggu lalu didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Ehsaan Roslan,23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama empat bulan dan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.



Mengikut pertuduhan, Ehsaan yang bekerja sebagai penghantar makanan itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera kepada Muhammad Amirul Saliman, 21, di hadapan sebuah kedai serbaneka, Taman Perwira, Gombak di sini pukul 1.30 petang pada 6 Ogos lalu.

Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan baru mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa.



Mengikut fakta kes, pada hari kejadian semasa mangsa berehat di hadapan tempat kerjanya iaitu di hadapan kedai serbaneka tersebut, telah ternampak seorang perempuan berdiri di tengah panas. Mangsa kemudian telah memanggil perempuan itu untuk berteduh di tempat yang redup.

Bagaimanapun secara tiba-tiba, tertuduh telah datang ke arah mangsa lalu memarahinya kerana dikatakan menganggu wanita itu yang juga teman wanita tertuduh (kini isterinya). Tertuduh kemudian telah bertindak menyepak kepala mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Lelaki tular pukul pekerja kedai serbaneka didenda


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan sampai munafik bila terlalu ghairah politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker