YouTuber Jake Paul Yakin Tumbangkan Bekas Juara UFC Dengan Satu Pusingan Sahaja



YouTuber Jake Paul Yakin Tumbangkan Bekas Juara UFC Dengan Satu Pusingan Sahaja

PERSONALITI internet, Jake Paul yakin beliau hanya memerlukan satu pusingan untuk menewaskan bekas juara UFC, Tyron Woodley dalam pertarungan tinju Ahad ini.

Paul akan menentang Woodley dalam pertarungan profesional keempatnya Ahad ini dan berjanji akan menambah koleksi pukulan knockout (TKO) dalam karier tanpa kalahnya setakat ini.

“Sejujurnya selepas kem ini, saya mengatakan tiga (pusingan) dan sekarang saya berfikir, paling banyak dua.

“Tetapi, terdapat sesuatu di dalam hati saya yang memberitahu bahawa ia akan menjadi satu lagi pertarungan satu pusingan.




“Walaupun kedengaran tidak masuk akal, saya rasa ini akan menjadi malam yang sangat singkat bagi Tyron,” kata YouTuber terkenal itu.

Paul sebelum ini pernah menewaskan seorang lagi bekas atlet UFC, Ben Askren melalui TKO dalam pusingan pertama.

Dia percaya bekas juara Welterweight UFC itu tidak akan dapat mampu bertahan dengan kekuatan semula jadinya dan berjanji mahu menumbangkan lawannya itu dalam pertarungan yang pantas.

“Saya rasa saya adalah seorang pahlawan semula jadi, dengan kekuatan semula jadi.

“Anda boleh mengajar banyak perkara, tetapi anda tidak boleh mengajar kepantasan dan dan juga kekuatan,” katanya. – Sky Sports




YouTuber Jake Paul Yakin Tumbangkan Bekas Juara UFC Dengan Satu Pusingan Sahaja


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214




Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Guru Matematik Jelita Buru Gelaran Juara Kejohanan Tinju Dunia

Mike Tyson Bakal Bangunkan Kerajaan Ganja



Leave a Reply

Your email address will not be published.