Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera

Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera

Jangan campur tangan urusan tentera, kata PVATM

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menyeru rakan seperjuangan veteran agar tidak campur tangan atau membuat sebarang komen negatif terhadap anggota yang sedang berkhidmat.

Kenyataan itu dibuat susulan isu pemberhentian perkhidmatan seorang anggota tentera darat berpangkat sarjan, Wan Ramly Wan Seman daripada Batalion 24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD) kerana enggan menerima vaksin Covid-19.

PVATM berkata, campur tangan tidak sepatutnya berlaku tanpa mengetahui peraturan dan undang-undang ketenteraan terkini sedia ada, termasuklah memberi komen negatif yang boleh mempengaruhi pemikiran veteran lain.

“Kita mesti memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap pucuk pimpinan tentera untuk mengurus dan mentadbir ATM, iaitu sebuah organisasi yang pernah kita menjadi sebahagian daripadanya.

“Janganlah hendaknya kita veteran menjadi virus yang boleh melunturkan kesetiaan, perjuangan dan pengorbanan kita kepada negara dan bangsa selama ini,” kata kenyataan itu.

Menurut PVATM, keengganan Wan Ramly yang telah berkhidmat selama 19 tahun untuk divaksinasi boleh membahayakan banyak pihak, termasuk rakan sekerja, komuniti, orang ramai serta keluarganya sendiri, selain tidak mematuhi arahan.

“Seperti mana kita sedia maklum, tentera adalah satu perkhidmatan unik berteraskan kesetiaan kepada Raja, negara dan organisasi, dan kepatuhan kepada perintah dan arahan serta mematuhi disiplin ditetapkan.

“Tanpa mematuhi sepenuhnya terhadap ketiga-tiga teras prinsip dan sifat dinyatakan, maka seseorang itu tidak boleh berkhidmat dalam perkhidmatan tentera.” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terdahulu, FMT melaporkan Wan Ramly yang berpangkalan di Kem Rasa, Negeri Sembilan diberhentikan dan bakal kehilangan pencen yang layak diperolehnya dalam tempoh 16 bulan lagi.

Arahan pemberhentian perkhidmatan terhadapnya dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan dan akan berkuat kuasa 26 Ogos ini.

Katanya, tarikh penamatan perkhidmatan sepatutnya pada 21 Januari 2023 dan dia sepatutnya melaporkan diri untuk latihan penempatan semula pada Mac tahun depan.

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu FMT, dia hanya menggunakan haknya untuk menolak vaksinasi seperti dinikmati setiap warganegara.

Presiden Persatuan Patriot Nasional (PATRIOT), Mohamed Arshad Raji berkata, beliau sudah diberi penerangan mengenai kes itu dan berusaha membantu.

“Beliau mungkin melanggar arahan itu tetapi sebagai rakyat yang memiliki hak dalam hal vaksin. Ini tidak wajib bagi rakyat,” katanya.

Katanya, cara terbaik adalah dengan memberinya kursus awal penempatan semula dan beliau dapat menghabiskan masa dengan belajar sebelum menamatkan perkhidmatan.

“Sarjan ini tidak melakukan jenayah, kesnya perlu dikaji,” katanya. FMT

Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera

Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker