Pentadbiran pimpinan Ismail masih kerajaan PN – Faizal

Pentadbiran pimpinan Ismail masih kerajaan PN – Faizal

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menganggap pentadbiran kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob masih lagi atas nama Perikatan Nasional (PN).

Ia berikutan majoriti Ahli Parlimen yang menyokong Ismail adalah daripada gabungan PN, manakala Barisan Nasional (BN) hanya 41.



“Pada kami ini kerajaan PN, kawan sebelah (BN) ada 41, kami percaya kami mewakili kerajaan PN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi PN yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya nama kerajaan pimpinan Ismail sama ada kekal dibawah nama PN pimpinan Muhyidin sebelum ini atau mengguna nama baharu.

Seramai 114 Ahli Parlimen yang menyokong Ismail sebagai perdana menteri, terdiri daripada PN (54), BN (41), GPS (18) dan PBS (1).

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, kerajaan baharu itu adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada PN,BN, PN,GPS dan PBS.



Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa berkata, soal nama kerajaan baharu di bawah kepimpinan Ismail, bukanlah isu besar sebaliknya yang penting kesepakatan antara parti BN, PN, GPS, PBS, dan beberapa yang lain dalam mentadbir negara.

Terdahulu pimpinan utama PN mengadakan mesyuarat khas pimpinan tertinggi parti itu di Publika yang dipengerusikan Muhyiddin.

Antara pemimpin dilihat hadir ialah, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung STAR, Guan Dee Koh Hoi; Ketua Pemuda PN Khairil Nizam Khirudin; Ketua Wanita Bersatu, Rina Harun dan Ketua Penerangan Pemuda PN, Muhammad Hilman Idham.

Ismail mengangkat sumpah sebagai perdana menteri semalam menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin lalu selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen. FMT



Pentadbiran pimpinan Ismail masih kerajaan PN – Faizal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nabil akui ujian ini amat besar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker