Asteroid sebesar Burj Khalifa lintasi Bumi awal pagi esok [VIDEO]

2016 AJ193 adalah antara asteroid yang diklasifikasikan mempunyai potensi bahaya ke atas Bumi dan kali pertama dikesan pada 2016. – Getty Images/Science Photo Library RF

Sebuah asteroid yang berpotensi mendatangkan bahaya sebesar bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dijangka melintasi Bumi awal pagi esok, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Ketulan asteroid yang terdiri daripada 1,000 biji batu itu dikenali sebagai 2016 AJ193 dan pergerakannya telah dirakam oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada kelajuan 58,538.13 kilometer sejam.

Agensi angkasa lepas itu sedang mengawasi dengan teliti blok asteroid yang kini bergerak laju dan dijangka mengelak daripada melanggar Bumi dengan jarak hanya 3,427,43 kilometer sahaja.

Para saintis menjangkakan asteroid 2016 AJ193 akan melintas bumi sekitar 3.10 petang (waktu tempatan) atau 6 pagi Ahad, waktu Malaysia.



Menurut NASA, pihaknya akan terus memantau pergerakan asteroid itu sehingga hari Selasa ini bagi memastikan Bumi benar-benar terhindar daripada risiko pelanggaran dengan ketulan batu gergasi itu.

Pemerhati angkasa lepas telah mengesan 2016 AJ193 sejak lima tahun lepas apabila ia pertama kali dilihat menerusi kemudahan Panoramic Survey Telescope and Rapid Response System (Pan-STARRS), di Pusat Pemerhatian Haleakala, Hawaii pada Januari 2016.

Asteroid tersebut mengorbit matahari setiap lima hingga sembilan tahun. Setiap kali asteroid itu kelihatan mahu melanggar orbit Bumi, ia berubah arah dengan memasuki orbit Musytari.



Lintasan 2016 AJ193 sekitar Bumi dijangka berulang dalam tempoh sekurang-kurangnya 65 tahun lagi.

Ia adalah salah satu daripada 26,000 jenis asteroid yang memasuki senarai pengawasan NASA dan antara 1,000 yang mempunyai potensi membahayakan Bumi. – Agensi

Asteroid sebesar Burj Khalifa lintasi Bumi awal pagi esok


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Misteri kejatuhan MEASAT-3



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker