Misteri kejatuhan MEASAT-3

 

No Image Caption
Misteri kejatuhan MEASAT-3
KEHIDUPAN orang Melayu banyak dipaksikan kepada firasat dan naluri. Ada juga yang mempunyai ritual tersendiri dalam kehidupan seharian. Apakah hubung kaitnya insiden 1 Jun lalu kepada pergolakan politik yang sedang berlaku sekarang?Pada 1 Jun lalu, selepas 15 tahun berada di ruang angkasa, MEASAT-3 terpaksa `diturunkan’ daripada orbit komunikasi kerana tidak lagi berfungsi akibat kerosakan misteri. Syarikat penjejak ruang, ExoAnalytic Solutions dalam laporannya merumuskan satelititu jatuh daripada orbitnya pada 1 Julai lalu.

MEASAT Satellite Systems dan Boeing dengan kerjasama ExoAnalytic Solutions sedang menyiasat punca kerosakan. MEASAT-3 dijangka sukar dipulihkan dan tidak dimasukkan semula ke orbit perkhidmatan di ruang angkasa. Justeru, ia terpaksa diturunkan ke bumi. Sekiranya prosedur itu tidak dilakukan, MEASAT-3 akan jatuh menyembah bumi atau terbakar di ruang atmosfera bumi.

Secara kebetulan, Isnin lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa `turun’ daripada jawatan Perdana Menteri. Adakah insiden 1 Julai itu satu petanda yang membawa kepada kecelaruan dan pergolakan politik Malaysia?

Penulis sebenarnya peduli dengan kejatuhan MEASAT-3 dan kesannya kepada Malaysia. Timbul tanda tanya apakah insiden misteri itu? Sains perlukan jawapan secara tepat.

Persatuan Peduli Saintis atau Union of Concerned Scientists (UCS) dalam laporan 1 Januari lalu menyebut ada 6,542 satelit di ruang angkasa. Daripada jumlah itu, 3,372 aktif manakala 3,170 tidak aktif. Pada 2020, sejumlah 1,283 satelit dilancarkan. Ia angka tertinggi dalam tempoh setahun berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sehingga pertengahan 2021, hampir 850 satelit telah dilancarkan. UCS percaya peningkatan bilangan satelit dilancarkan ke ruang angkasa melebihi 60 peratus dalam tempoh tidak sampai setahun punca kebergantungan pelbagai industri kepada komunikasi data raya.

Ketika ini, industri komunikasi mendapatkan perkhidmatan daripada 1,832 satelit, pemerhatian permukaan bumi (906 satelit), pembangunan dan demonstrasi teknologi (350 satelit), navigasi dan lokasi atau global positioning systems (GPS) (150 satelit), sains dan pemerhatian ruang angkasa (104 satelit), sains bumi (20 satelit) dan selebihnya untuk kegunaan lain.

Kebanyakan satelit ini dilancarkan di Orbit Rendah Bumi atau Low-Earth Orbit (LEO) iaitu beraltitud antara 160 kilometer dan 2,000 kilometer atau 88 minit sehingga 127 minit pergerakan dalam satu bulatan orbit.

Amerika Syarikat, China, Rusia, Britain, Jepun, India, Kanada, Jerman dan Luxembourgh ialah antara 10 negara yang mendominasi teknologi perhubungan komunikasi menggunakan satelit.

Penulis mendapati laporan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara atau National Aeronautics and Space Administration (NASA) menyebut ada berjuta keping objek asing berterbangan di LEO. Ada sebahagiannya serpihan kecil bahagian-bahagian kapal angkasa, roket dan satelit yang telah pecah, rosak atau hilang termasuk objek meletup di ruang angkasa.

ALLAH SWT sebenarnya telah menerangkan situasi ruang angkasa menerusi surah Al-Jin ayat [72:8-10] bermaksud: “Dan sesungguhnya kami telah berusaha mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api; dan, sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya); Dan sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka.”

Justeru, penulis mencadangkan agar kerajaan lebih prihatin kepada pengurusan lalu lintas angkasa dan pemantauan serpihan angkasa. Ia juga cabaran global yang perlu segera ditangani. Jawatankuasa Penyelarasan Serpihan Angkasa Antara-Agensi atau Inter-Agency Space Debris Coordination Committee (IADC), sebuah forum badan kerajaan antarabangsa untuk penyelarasan aktiviti dan isu serpihan buatan manusia dan semula jadi di angkasa banyak memberikan garis panduan untuk mewujudkan ruang selamat.

Penulis juga mahu kerajaan segera mengkaji punca kerosakan misteri sebagai satu kajian kepada satelit sedia ada. Ketika ini, Malaysia telah melancarkan empat satelit iaitu MEASAT-1, MEASAT-2, MEASAT-3 atau TIUNGSAT dan RazakSAT untuk pelbagai fungsi, antaranya telekomunikasi, siaran TV dan radio serta pengkalan data.

Peningkatan lalu-lintas data dan keperluan jalur lebar jalur serta tuntutan teknologi futuristik pasti menjadikan satelit keperluan kritikal kepada Malaysia. Kesimpulannya. penulis mendesak kerajaan agar lebih serius dalam menangani isu MEASAT-3 jatuh di orbit. Jangan biarkan nama Malaysia tercemar kerana isu ‘kejatuhan’ satelit tanpa alasan kukuh.

* Profesor Madya Dr Ir Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor

Misteri kejatuhan MEASAT-3


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cincin Hilang Di Laut Selama 13 Tahun Ditemui Semula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker