Iklan promosi umrah, ziarah kini dibenarkan

Sebaran :

Iklan promosi umrah, ziarah kini dibenarkan

Semua syarikat pengendali umrah berlesen diberi kebenaran untuk memulakan aktiviti promosi berkaitan pakej umrah atau ziarah dengan memohon kelulusan iklan pakej ibadah itu di bawah fasa interim.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, kelonggaran itu diberi sebagai persediaan awal ke arah pembukaan sempadan oleh pihak kerajaan yang disasarkan pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

MOTAC dalam kenyataan berkata, kebenaran itu bagi membolehkan penggiat industri menilai serta bersedia dengan bilangan jemaah umrah yang berminat mengerjakan ibadah umrah pada masa terdekat.

“Parameter yang ditetapkan kementerian bagi kelulusan fasa interim antara lainnya adalah membenarkan aktiviti promosi tanpa bayaran dan tidak mengikat mana-mana pihak sehinggalah kerajaan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan ke luar negara dan proses-proses perjalanan pelaksanaan ibadah umrah dibenarkan semula bagi rakyat di negara ini,” katanya di sini hari ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MOTAC berpandangan bahawa kutipan apa juga bentuk bayaran untuk perkhidmatan pakej umrah atau ziarah pada masa ini adalah tidak wajar kerana wujud ketidaktentuan penyampaian khususnya tempoh perjalanan dan perkhidmatan sebenar yang akan diterima oleh jemaah.

Pada masa sama, MOTAC dalam proses untuk menyediakan garis panduan khusus bagi mengawalselia iklan dan pakej-pakej umrah yang akan ditawarkan kepada orang awam di masa akan datang.

Proses permohonan itu boleh dibuat ke emel [email protected] berdasarkan syarat-syarat dan paramater yang ditetapkan oleh kementerian. K Online

Iklan promosi umrah, ziarah kini dibenarkan

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan


Sebaran :

Leave a Reply