Cebisan Plastik Sebanyak 158 Ditemui Dalam Perut Penyu

Cebisan Plastik Sebanyak 158 Ditemui Dalam Perut Penyu

BANGKOK: Doktor haiwan Thailand menjumpai 158 cebisan sampah dalam perut seekor penyu yang diselamatkan di pulau peranginan Phuket.

Menurut Jabatan Sumber Laut dan Pantai penyu hijau sepanjang 28 sentimeter dan seberat tiga kilogram itu ditemukan dalam keadaan lemah di Pantai Kata di Phuket pada 23 Julai.

Penyu itu kemudian dibawa ke Pusat Penyelamat Haiwan Laut Terancam Sireetarn untuk rawatan.

“Penyu itu membuang najis sebanyak enam kali sepanjang pemulihannya. Doktor haiwan mendapati 158 cebisan sampah tersumbat dalam sistem pencernaannya, antaranya cebisan beg plastik, botol plastik dan serat tekstil,” menurut jabatan itu menerusi hantaran di akaun Facebooknya

Pada 2020 Thailand di kedudukan kesepuluh dunia dalam kategori pembuangan sampah plastik ke laut, memetik data Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand (TDRI).

— BERNAMA

Cebisan Plastik Sebanyak 158 Ditemui Dalam Perut Penyu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker