Vaksin Pfizer merosot lebih cepat berbanding AstraZeneca
Vaksin Pfizer merosot lebih cepat berbanding AstraZeneca
Keberkesanan vaksin Pfizer/BioNTech terhadap Covid-19 merosot lebih cepat berbanding suntikan AstraZeneca, demikian menurut kajian baru yang diterbitkan hari ini.
“Dua dos Pfizer/BioNTech mempunyai tahap keberkesanan awal lebih tinggi terhadap jangkitan baharu Covid-19 tetapi menurun lebih cepat berbanding dua dos suntikan Oxford/AstraZeneca,” kata pasukan penyelidik dari Universiti Oxford.
Kajian oleh Pejabat Statistik Nasional Britain itu menggunakan ujian PCR ke atas isi rumah terpilih sejak dari Disember tahun lalu hingga bulan ini.
Ia mendapati bahawa ‘dinamik imuniti selepas dos kedua adalah begitu ketara’ antara Pfizer dan AstraZeneca.
Baca Artikel Menarik :
- Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
- Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
- Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
- Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
- Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
- Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
- Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
Pfizer mempunyai ‘keberkesanan awal lebih baik, tetapi perlindungannya merosot lebih cepat terhadap beban virus yang tinggi dan jangkitan simptomatik beberapa bulan setelah dos kedua diberikan, walaupun kadarnya tetap rendah untuk kedua-dua vaksin tersebut.
“Keputusan kajian menunjukkan tahap keberkesanan kedua-dua vaksin menjadi sama selepas empat hingga bulan,” kata kumpulan saintis tersebut.
Kajian itu meneliti dua kumpulan yang terdiri daripada lebih 300,000 orang berusia lebih daripada 18 tahun.
Kajian tersebut juga mengesahkan bahawa vaksin kurang berkesan terhadap varian Delta, yang pertama kali dikesan di India.
Vaksin AstraZeneca adalah yang paling banyak ditawarkan di Britain sementara penduduk di bawah usia 40 tahun ditawarkan suntikan Pfizer atau Moderna kerana masalah pembekuan darah. K Online
Vaksin Pfizer merosot lebih cepat berbanding AstraZeneca