Jangan Tangkap Muat Lagi Pemain Naturalisasi- Dollah Salleh
Jangan Tangkap Muat Lagi Pemain Naturalisasi- Dollah Salleh
BEKAS jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh, yang mengharapkan pemilihan lebih teliti akan dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) andai projek pemain naturalisasi kembali selepas ini.
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.
Walaupun FAM memiliki alasan tersendiri tetapi ramai yang menganggap kelibat tiga pemain naturalisasi negara — Liridon Krasniqi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh — dalam Kelayakan Piala Asia 2023 memainkan peranan besar atas langkah dasar diambil FAM ketika ini.
“Kita tangkap muat sebab mereka (pemain naturalisasi) berbadan besar, inilah kelemahan kita. Ini disebabkan kebanyakan pemain naturalisasi memiliki kelebihan fizikal, bukan berdasarkan kemampuan mereka,” kata Dollah.
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan, pula mengangggap keputusan badan induk itu adalah tindakan tepat.
Begitupun, perlu ada perincian kerana kehadiran pemain naturalisasi dalam pasukan adalah keperluan demi perkembangan skuad negara.
Malah, dia menegaskan projek ini perlu diteruskan dan diperhalusi dalam menawarkan pemain yang akan diberi kewarganegaraan.
“(Belum dipertimbangkan dengan mendalam) adakah mereka ini sesuai?
“Adakah tahap mereka lebih tinggi daripada pemain tempatan atau posisi manakah jurulatih mahu gunakan khidmat mereka ini,” kata Pengarah Teknikal Sarawak United itu pula.-Awani
Jangan Tangkap Muat Lagi Pemain Naturalisasi- Dollah Salleh
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Proses akhir pilih PM, Majlis Raja-Raja Melayu bersidang hari ini
- Gunung Jerai ‘menangis’, tiga selamat, seorang lagi hilang [VIDEO]
- Daiyan Trisha dikritik kerana menari berseluar pendek
- Kejadian aneh, Ikan puyu naik darat di Tanjong Karang [VIDEO]
- Anwar kekal ‘PM Tepi’ lagi
- Najib sentiasa dahulukan parti sebelum dirinya
- Mahathir mahu sertai kerajaan baru jika dipelawa
- Kabinet PM Baru Tak Perlu Lebih Dari 10 orang Menteri Sahaja
- Annuar Musa kena ‘balun’ dengan netizen lagi
- Ustaz Ebit Lew selesai beri keterangan dakwaan gangguan seksual
Layari Laman Facebook MYKMU
FIFA Kenang Lagenda Bolasepak SUPERMOKH Dan Iktiraf Penjaring Ketiga Terbanyak [VIDEO]