Sokong gaji penjawat awam naik, Wan Fayhsal bidas Saifuddin

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau menyokong usaha kerajaan menaikkan gaji penjawat awam lebih 13% bermula Disember ini kerana ia baik untuk rakyat.

Timbalan ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata, gabungan itu tidak mempunyai isu untuk menyokong kenaikan berkenaan memandangkan gaji penjawat awam sudah terlalu lama tidak dikaji.

“Sudah tentu sebagai Ahli Parlimen PN saya akan sokong apa saja dasar yang membela kebajikan penjawat awam termasuk kenaikan tangga gaji,” kata Ahli Parlimen Machang kepada FMT.



Wan Fayhsal mengulas cabaran Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail supaya beliau dan pemimpin PN yang lain menyatakan pendirian sama ada menyokong atau tidak kenaikan gaji penjawat awam.

Terdahulu, tular video Wan Fayhsal mempersoalkan tempoh kenaikan itu berlaku, yang menggambarkan seolah-olah PN akan menolak kenaikan gaji penjawat awam jika ia dibawa ke Parlimen.

Menjelaskan perkara itu, Wan Fayhsal berkata video yang tersebar adalah tidak lengkap dan ‘disunting dengan jahat’ demi memesongkan pandangan penjawat awam terhadap PN.

“Ucapan saya jelas ada konteks bila saya buat perbandingan antara perkara yang belum pasti dan belum berlaku sebab ia hanya terlaksana 1 Dis 2024,” katanya.



Katanya, sedangkan kenaikan gaji penjawat diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei lalu akan tetap dilaksanakan mana-mana kerajaan.

Beliau mendakwa, ketika PN memerintah kajian sudah dijalankan lebih awal untuk menaikkan gaji penjawat awam.

“Zaman Kabinet PN dulu kita dah kaji benda ini, kita dah sedia dengan perkara ini, sudah lama (gaji penjawat awam) dah tak naik, siapa sahaja kerajaan yang naik akan buat benda ini.

“Isunya bukan pasal gaji tak nak luluskan nak sabotaj, kita menyokong…ini dasar yang dikaji Jabatan Perkhidmatan Awam, sudah lama…tetapi nak laksana perlukan perincian, berapa kos, duit nak ambil mana,” katanya.



Katanya, selain kenaikan gaji penjawat awam rakyat juga menantikan penyelesaian kerajaan berhubung peningkatan kos sara hidup.

Pada sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Anwar mengumumkan penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji lebih 13% bermula 1 Dis, antara tertinggi dalam sejarah dan ia melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

Anwar berkata, bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, kerajaan juga akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan, berbanding ketika ini menyaksikan jumlah pendapatan minimum termasuk gaji dan elaun tetap RM1,795 sebulan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker