Polis buru Clare Sarawak Report

Polis buru Clare Sarawak Report

Polis hari ini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk segera tampil membantu polis selepas wanita itu gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Rewcastle-Brown, 62 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan dalam satu kenyataan berkata, orang yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Terkelas, Junainah M Kasbolah di talian 017-7051222 atau pegawai penyiasat kes, Mohd Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404440.

“Penama dikehendaki bersabit waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Terengganu pada 23 September 2021,” katanya.

Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terbabit dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Terengganu, selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda membantu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low menjadi penasihat TIA. FMT

Polis buru Clare Sarawak Report


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker