KJ bertembung setiausaha akhbar MB di Kuala Pilah?

KJ bertembung setiausaha akhbar MB di Kuala Pilah?

Kerusi Parlimen Kuala Pilah kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan antara Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Setiausaha akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Norazman Mohamad yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebelum ini Khairy disebut bertanding di Parlimen Port Dickson, namun sejak akhir-akhir ini namanya disebut pula bertanding di Kuala Pilah memandangkan kerusi itu dilihat lebih selamat buat penyandang kerusi Parlimen Rembau itu.

Ia berikutan Parlimen Kuala Pilah antara kubu kuat UMNO yang mana empat daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Juasseh, Seri Menanti, Senaling dan Johol merupakan milik UMNO manakala Pilah milik PH di bawah calon PKR.

Menurut sumber UMNO, Khairy perlu bertanding di kerusi selamat bagi memastikannya menang kerana beliau merupakan aset parti dan mempunyai masa depan cerah dalam politik.

“Jadi kerusi Port Dickson tidak sesuai buat Khairy dan ada juga cadangan untuk letakkan beliau di Kuala Pilah, tengoklah nanti keputusan parti macam mana,” katanya.

Nama Norazman pula disebut sebagai calon PH memandangkan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan itu anak kelahiran Johol.

Meskipun Norazman masih baharu dalam PKR, namun penglibatannya dalam politik sudah lama dan pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam Pas sebelum ini.

“Kita tahu Kuala Pilah merupakan antara kubu kuat UMNO dan memberi cabaran besar buat PH.

“Tapi dengan pengalaman Norazman selain menjawat jawatan penting dalam PKR Negeri Sembilan dan pada masa sama berasal dari Kuala Pilah, ia menjadi faktor kenapa dia dipilih,” kata sumber PKR.

Untuk rekod, Parlimen Kuala Pilah kini disandang oleh Datuk Eddin Syazlee Shith dari Bersatu. – Sinar Harian

KJ bertembung setiausaha akhbar MB di Kuala Pilah?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Saya dah beri banyak peluru, guna untuk serang mereka

Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker