Banjir kilat di P Pinang, lebih 2,500 penduduk terjejas

Sebaran :

Banjir kilat di P Pinang, lebih 2,500 penduduk terjejas

Hujan lebat berterusan mengakibatkan banjir kilat di Pulau Pinang hari ini yang menjejaskan lebih 2,500 penduduk dan kira-kira 500 kediaman.

Banjir diakibatkan hujan lebat berterusan hampir sejam di Bayan Lepas, Balik Pulau dan Teluk Bahang sejak jam 3 petang hari ini.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari, berkata banjir setinggi 0.5m berlaku di beberapa kawasan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, selain tiada pemindahan mangsa direkodkan walaupun pusat penempatan bersedia menerima mangsa banjir.

Katanya, hujan direkod setinggi 274mm berlaku di Bagan Air Itam, di Balik Pulau, dengan paras sungai mencapai 2.8m hingga 3.5m, manakala yang tertinggi di Sungai Burung dalam bandar sama.

Zairil berkata, sungai sedia ada akan didalamkan sebagai penyelesaian jangka pendek sebelum kajian kawasan panas banjir dilaksanakan bagi mengenal pasti kapasiti sistem perparitan untuk tempoh panjang.

Kawasan terjejas banjir adalah seperti berikut:

Bayan Lepas – Kampung Nelayan, Kampung Sulup, Kampung Paya, Rumah Murah Kampung Nelayan, Sekolah Sri Bayu, Kampung Masjid, membabitkan 1,015 penduduk dan 203 kediaman.

Teluk Bahang – Taman Manggis, membabitkan 100 penduduk dan 20 kediaman.

Pulau Betong – Sungai Burung, Balai Raya Titi Teras, Kampung Paya Kongsi, Taman Seri Indah, Kampung Pulau Betong dan Kampung Terang, menjejaskan 1,500 penduduk dan 300 kediaman. FMT

Banjir kilat di P Pinang, lebih 2,500 penduduk terjejas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara


Sebaran :

Leave a Reply