Beruang matahari keluar cari makan ditangkap

Beruang matahari keluar cari makan ditangkap. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari jantan yang dipercayai merosakkan tanaman kelapa penduduk di Felda Perasu di sini semalam.

Beruang berusia dalam lingkungan empat hingga lima tahun seberat 70 kilogram itu ditangkap menerusi kaedah pemasangan perangkap di kawasan kebun penduduk.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, perangkap dipasang selepas pihaknya menerima aduan penduduk mengenai kehadiran haiwan liar itu yang mengganggu tanaman kelapa penduduk sejak dua bulan lalu.

Katanya, beruang matahari itu dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal Gunung Rabong yang terletak bersebelahan Felda Perasu untuk mencari sumber makanan selain menjadikan kawasan sekitar sebagai laluan dan kawasan rayau.



“Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan Penolong Pegawai Veterinar Jabatan Perhilitan mendapati beruang itu berada dalam keadaan sihat dan baik ketika ia ditangkap.

“Operasi pelepasan semula haiwan itu telah dijalankan oleh 15 kakitangan Perhilitan Kelantan kira-kira pukul 4 pagi tadi di Taman Negara Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



Beruang matahari keluar cari makan ditangkap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker