Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan

Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tanggungjawab besar yang diberikan kepadanya dalam mengurus negara ketika situasi sukar ini sebagai satu penghargaan.

Dalam hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Bera itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan memohon maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang perkhidmatan beliau.

Beliau yang juga bekas menteri pertahanan pada masa sama berharap perjuangan melawan pandemik Covid-19 terus menjadi keutamaan semua ketika ini.



“Sama-sama kita doakan Malaysia terus makmur, aman dan sentosa,” katanya menerusi hantaran terbaharu pada Isnin.

Hantaran itu dikeluarkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas 17 bulan memegang jawatan sebagai perdana menteri kelapan.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, Muhyiddin turut mengumumkan peletakan jawatan 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk Ismail Sabri yang merupakan menteri kanan sebelum ini.



Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan pada 10 Mac 2020, sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021

Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Selepas hujan pasti ada pelangi menanti” – Najib



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker