Empat Beradik Lelaki Sanding Serentak

Empat Beradik Lelaki Sanding Serentak

KLANG: Empat beradik lelaki mencipta kelainan apabila memilih tarikh sama untuk bersanding dalam satu majlis perkahwinan di Felda Bukit Cherakah 2, Kapar di sini pada Ahad.

Anak kepada pasangan Subhi Othman, 66, dan Rohani Md Tan, 62, itu sebelum ini mengadakan majlis akad nikah selang sebulan sejak November tahun lalu.



Anak pasangan itu ialah Muhammad Aizas, 32, yang mengahwini Nur Azrina Mohd Aslan, 32; Muhammad Afizi, 29, dengan pasangannya, Nur Azlin Suyun, 37; dan Muhammad Azmir, 28, dengan Nurul Anis Yusof, 28.

Selain itu, anak bongsu, Muhammad Alfian, 24, pula memilih Nurul Hafizah Abu Bakar, 24, sebagai teman hidupnya.

Subhi berkata, majlis perkahwinan yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu itu berjalan lancar.

“Pada awalnya, kami merancang untuk melangsungkan majlis itu dengan hanya melibatkan Muhammad Aizas pada Jun tahun lalu



“Bagaimanapun tiga lagi anak lelaki saya juga bersetuju untuk mengadakan majlis persandingan pada tarikh sama. Setelah berbincang, akhirnya kami bersepakat untuk menganjurkan persandingan serentak dan turut dipersetujui kedua pihak keluarga pengantin,” katanya ketika ditemui pada Ahad.

Menurut Subhi, persandingan empat anak lelakinya itu tidak mungkin dilupakan selepas anak perempuannya mendirikan rumah tangga pada 2015.

Pengantin lelaki yang juga anak sulung, Muhammad Aizas berkata, sudah tentu majlis perkahwinannya diingati kerana ia turut dikongsi dengan tiga lagi adiknya.

Malah katanya, ia sesuatu yang istimewa dan dianggap sebagai hadiah kepada ibu dan bapa yang bersusah payah membesarkan mereka sekeluarga.



“Jasa dan linangan air mata kegembiraan mereka tidak mungkin dapat kami ganti sehingga ke akhir hayat,” katanya.-SH

Empat Beradik Lelaki Sanding Serentak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker