Ab Rauf Santuni Peniaga, Laksana Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Pemimpin Dan Rakyat

Ab Rauf Santuni Peniaga, Laksana Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Pemimpin Dan Rakyat

Ab Rauf Santuni Peniaga, Laksana Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Pemimpin Dan Rakyat

MASJID TANAH, 18 Dis – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengambil kesempatan turun padang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dengan mengadakan sesi sembang santai bersama 17 orang peniaga tempatan bagi mendengar pandangan serta keperluan mereka.

Menurut beliau, pertemuan tersebut menjadi ruang terbuka untuk para peniaga berkongsi cadangan dalam usaha memajukan kawasan Tanjung Bidara, khususnya bagi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi setempat agar terus berkembang secara mampan dan inklusif.

“Sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat DUN Tanjung Bidara, adalah menjadi keutamaan saya untuk mendengar denyut nadi peniaga serta memastikan kebajikan dan keperluan mereka sentiasa diberi perhatian,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Ab Rauf turut menyampaikan sumbangan berupa meja dan kerusi bagi membantu melancarkan urusan perniagaan serta meningkatkan keselesaan peniaga dan pengunjung.

Beliau kemudiannya menyempurnakan penyerahan Notis 5A oleh Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di JAPERUN Tanjung Bidara.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’


Penyerahan tersebut disampaikan oleh Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas, dan turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Penyerahan Notis 5A itu melibatkan penambahan satu lot bangunan Sekolah Al Ehya Karim, Masjid Tanah, sebagai komitmen berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkukuh pembangunan pendidikan serta syiar Islam.

Sebelum itu, Ab Rauf turut mengadakan program ziarah kasih ke rumah saudara Saari Baba yang menghidap kanser hati tahap empat serta saudara Baba Kechut yang uzur akibat sakit tua di kampung yang sama.

Ab Rauf Santuni Peniaga, Laksana Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Pemimpin Dan Rakyat

“Daripada sarapan santai hingga program kemasyarakatan, inilah ruang terbaik untuk saya terus mendekati dan menyantuni rakyat. Hubungan erat antara pemimpin dan masyarakat akan sentiasa menjadi keutamaan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak orang ramai khususnya penduduk Masjid Tanah untuk memeriahkan Karnival Masjid Tanah Kampung Kita yang berlangsung mulai hari ini hingga 21 Disember 2025.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri


“Karnival Masjid Tanah Kampung Kita menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim komuniti setempat melalui pelbagai pengisian merangkumi program keusahawanan, kebudayaan, sukan rakyat serta aktiviti kekeluargaan.

“Program ini mencerminkan semangat kebersamaan dan jati diri masyarakat Masjid Tanah yang harmoni dan progresif. Jumpa saya di Karnival Masjid Tanah Kampung Kita,” katanya lagi. – UMNO Online

Ab Rauf Santuni Peniaga, Laksana Ziarah Kasih Perkukuh Hubungan Pemimpin Dan Rakyat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker