PAS akan tinggalkan PN jika DAP dalam kerajaan

PAS istiqamah dengan pendirian parti itu untuk tidak menerima DAP dalam kerajaan Malaysia, kata timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

“PAS tetap tidak setuju kalau DAP berada dalam kerajaan,”

Tuan Ibrahim sebelum itu diminta mengulas kenyataan dan tawaran dibuat Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan ucapan yang disiarkan ke seluruh negara lewat petang semalam.

Presiden Bersatu yang sedang berdepan tekanan dan krisis kepimpinan menawarkan jalan berdamai untuk semua ahli parlimen termasuk pembangkang untuk memberikan sokongan kepadanya dalam usul percaya di parlimen.

Antara tawaran yang disebutkan Muhyiddin ialah peruntukan buat ahli parlimen pembangkang yang setara dengan wakil rakyat kerajaan, serta mengangkat kedudukan ketua pembangkang di parlimen setaraf dengan menteri kanan.

Sebahagian daripada tawaran itu pula memerlukan pindaan perlembagaan seperti mengehadkan tempoh jawatan seseorang menjadi perdana menteri kepada dua penggal saja.

Sebelum ini PAS begitu tegas menolak DAP dan menganggap parti berkenaan sebagai musuh Islam dan Melayu. Bagaimanapun untuk rekod PAS pernah bersama dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Buat masa ini, tawaran Muhyiddin dilihat lebih merupakan perjanjian keyakinan dan belanjawan (CSA) yang memerlukan seseorang ahli parlimen menyokong kerajaan dengan balasan tertentu.

Pada masa sama belum ada sebarang tawaran untuk jawatan menteri dibuat.

Ditanya sama ada PAS bersetuju dengan beberapa tawaran yang dibuat oleh Muhyiddin atau tidak, Tuan Ibrahim berkata parti itu melihat ia sebagai jalan keluar untuk kerajaan menghadapi cabaran Covid-19 dan program vaksinasi.

“Bagi kerajaan, keutamaan ialah menyelesaikan proses vaksinasi, selamatkan rakyat daripada situasi mencabar ini sebab semua pihak terkesan,” katanya.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu juga menegaskan tawaran dibuat Muhyiddin itu terbuka kepada parti.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Game Plan Terbaru Muhyiddin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker