Muhyiddin adakan ‘Mesyuarat Kabinet Tergempar’ petang ini

Satu mesyuarat Kabinet tergempar akan berlangsung petang ini, ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin difahamkan sudah hilang majoriti.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, mesyuarat yang akan diadakan di Putrajaya itu akan dihadiri oleh menteri-menteri dan timbalan menteri.

Difahamkan, Ketua Whip parti turut akan hadir sama dalam mesyuarat tersebut.

“Selalunya menteri yang menghadiri mesyuarat tetapi petang ini turut melibatkan semua timbalan menteri,” kata sumber ketika dihubungi.

Mesyuarat Kabinet itu diadakan selang 24 jam selepas Muhyiddin mengumumkan pelawaan rentas parti kepada parti-padti di luar PN untuk membantunya meraih undi percaya di Parlimen September ini.

Dalam perutusannya petang semalam, Muhyiddin menyatakan tujuah tawaran kepada ahli Parlimen pembangkang bagi meraih sokongan supaya kerajaan PN kekal berfungsi.

Tawaran berkenaan adalah:

1. Mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

2. Rang Undang-undang Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

3. Jumlah ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seimbang.

4. Bersetuju melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik.

5. Satu rang undang-undang termasuk rang undang-undang perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirunding terlebih dahulu dengan semua ahli Parlimen.

6. Satu rang undang-undang hanya akan dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Game Plan Terbaru Muhyiddin

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker