Presiden paling tua AS dapat kemenangan besar di Dewan Senat

Presiden paling tua AS dapat kemenangan besar di Dewan Senat. Tindakan Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang pelan infranstruktur yang bernilai AS$1.2 trilion (RM5.09 trilion) pada Selasa lalu dianggap sebagai satu kemenangan buat Presiden AS, Joe Biden.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan 69 anggota dewan tersebut menyokong manakala 30 lagi menentang selepas Biden memegang jawatan Presiden AS kira-kira tujuh bulan lalu.

Ia juga mendapat sokongan daripada anggota-anggota dewan itu daripada parti Republikan sedangkan Biden mewakili parti Demokrat semasa bertanding dalam pilihan raya Presiden AS pada tahun lalu.

Kemenangan itu juga menyebabkan pemimpin majoriti parti Demokrat, Chuck Scumar memberikan penghargaan kepada Biden kerana memenangi kelulusan pertama bagi pakej infranstruktur besar dalam tempoh lebih sedekad atas dasar sistem dua parti di negara tersebut.

Terdapat 19 anggota Dewan Senat daripada parti Republikan yang dilaporkan mengundi bersama anggota-anggota parti Demokrat termasuk Senator Mitch McConnell dari Kentucky, Roy Blunt yang mewakili Missouri dan Richard Burr dari Carolina Utara.

Senator-senator turut mengundi dalam 47 pindaan tidak mengikat semasa proses kelulusan tersebut dengan memasukkan cadangan pindaan daripada anggota-anggota parti Republikan.

Kelulusan undang-undang itu juga dianggap satu kemenangan hebat buat Presiden AS paling tua dalam sejarah negara tersebut kerana Biden berumur 78 tahun.

Joe Biden
Joe Biden

 

Dalam satu tanda-tanda pengaruh bekas Presiden AS, Donald Trump daripada parti Republikan, tiga senator telah menyatakan bahawa mereka tidak menyokong pelan infranstruktur tersebut.

Tindakan tidak menyokong itu dibuat selepas Trump yang kalah kepada Biden pada pilihan raya Presiden AS pada tahun lalu mengancam akan bertindak balas kerana membantu Presiden Amerika itu.

Bagaimanapun, seorang senator daripada parti Republikan yang terkenal, Mitch McConnell bertindak mengundi rang undang-undang tersebut kerana menyedari pelan berkenaan popular dalam kalangan pengundi.

Anggota-anggota parti Republikan sebelum ini mendakwa cadangan parti Demokrat berkenaan akan membazirkan wang negara, menjejaskan ekonomi dengan kenaikan cukai dan akan berlaku inflansi minyak di AS.

Biden juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas anggota-anggota Dewan Senat meluluskan pakej tersebut yang juga merupakan kemenangan terbesar buat dua parti iaitu Demokrat dan Republikan kerana bekerjasama menyokong rang undang-undang tersebut semasa pentadbirannya.

Ketika berucap pada tengah hari waktu Washington pada Selasa lalu, Biden berkata, beliau percaya pelan tersebut akan mengubah negaranya.

Presiden itu yang mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari lalu turut mengucapkan terima kasih kepada senator-senator daripada parti Demokrat dan Republikan kerana bekerjasama meluluskan rang undang-undang tersebut.

Biden juga menyatakan bahawa beliau mengetahui bukannya mudah untuk anggota-anggota Dewan Senat daripada parti Republikan untuk menyokong rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu pula perlu mendapatkan kelulusan daripada Dewan Perwakilan sebelum ia ditandatangani oleh Biden.

Rang undang-undang itu termasuk perbelanjaan sebanyak AS$550 bilion (RM2.3 trilion) dalam tempoh lima tahun tetapi ia turut melabur sebanyak AS$110 bilion (RM466.40 bilion) dalam projek-projek besar termasuk jalan raya, jambatan dan AS$66 bilion (RM279.84 bilion) untuk projek pengangkutan kereta api.

Ia turut akan membina rangkaian grid elektrik, memperbesarkan jalur lebar internet, membina pengecas untuk kenderaan elektrik, infranstruktur air dan penggantian paip-paip lama. – Agensi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dr Musa gesa beri vaksin pada kanak-kanak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker