Ahli MIC keluar parti, blur pendirian parti

Ahli MIC keluar parti, blur pendirian parti

Ahli MIC keliru dengan keputusan pimpinan yang menjarakkan diri dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kata bekas setiausaha agung MIC G Kumar Aamaan.

Kumar menyifatkan keputusan MIC tidak bersama Zahid menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai menggadaikan masa depan parti.



“Ramai ahli MIC blur dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang masih ingin bersama Muhyiddin yang jelas gagal dalam mengemudi kerajaan dalam mengekang pandemik Covid-19.

“Ini kerana, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini telah pun dilabel sebagai penderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia justeru mengumumkan keluar parti yang didakwanya tidak lagi mempunyai masa depan dan hala tuju.

“Mampukah parti (MIC) menawan pengundi Melayu tanpa Umno?” soalnya.



Kumar merupakan penyokong setia bekas presiden MIC G Palanivel.

Dia dilantik sebagai setiausaha agung sebelum keluar parti ketika krisis dalaman MIC antara Palanivel dan Dr S Subramaniam.

Dia kembali menjadi ahli MIC selepas SA Vigneswaran mengambil alih pucuk pimpinan parti. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Ahli MIC keluar parti, blur pendirian parti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker