Jangan ulangi ‘kebodohan’ PH, Najib nasihat kerajaan baru

Najib Razak hari ini menyarankan kerajaan baru pimpinan Munyiddin Yassin tidak menghentikan projek yang diluluskan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) buat seketika.

Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan baru perlu tangguhkan dulu hasrat untuk menyiasat projek PH sehingga keadaan ekonomi pulih.

“Jika nak siasat pun, siasat semasa projek sedang berjalan atau siasat kemudian selepas ekonomi memulih.

“Kerajaan baru perlu pastikan kitaran wang dalam ekonomi tempatan tidak dihentikan.

“Jangan ulangi kebodohan rejim PH,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, ketika menjadi kerajaan, PH menghentikan 121 projek Barisan Nasional walaupun ia sudah berjalan.

Najib berkata jika langkah itu diambil, ia akan memburukkan lagi kedudukan ekonomi negara susulan kejatuhan pasaran saham Amerika Syarikat.

“Indeks Dow Jones pasaran saham Amerika Syarikat jatuh lebih 2,000 mata (7.8%) semalam akibat kebimbangan pelabur berhubung wabak Covid dan kejatuhan mengecut harga minyak dunia.

“Ini ialah kejatuhan paling besar sejak 2008 semasa dunia mengalami krisis ekonomi global yang digelar the Great Recession. Sejak bulan lepas, indeks Dow Jones sudah jatuh lebih dari 6,000 point.”

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker