Resepi Sambal Goreng Jawa Mengancam

Resepi Sambal Goreng Jawa Mengancam

Sambal Goreng Jawa merupakan hidangan orang Jawa yang amat lazat! Ianya merupakan gabungan tempe bersama dengan kacang panjang, tauhu dan udang.

Selalunya, sambal goreng jawa dimakan bersama dengan nasi ambeng. Walaupun begitu, sambal goreng jawa boleh dimakan bersama dengan nasi putih sahaja mengikut selera masing – masing.

Kali ini kami bawakan resepi sambal goreng jawa ini khas buat anda semua! Resepi ini pastinya menyelerakan dan sedap sekali. Cara pembuatan sambal goreng jawa ini bermula dengan ayur tempe, tauhu, kacang panjang dan udang. Kemudian, anda tumiskan dengan bahan tumisan dan santan. Gaul sebati dan siap! Mudah sekali.

Resepi ini dikongsikan oleh Sue Fami dan mendapat banyak shares di Facebook. Mari kita lihat resepi sambal goreng jawa.

Bahan – bahan:

Bahan A:

Udang (Buang Kulit)
Kacang Panjang (Hiris)
Tempe (Potong Dadu)
Tauhu (Potong Dadu)
Cili Merah (Hiris)

Bahan B:

Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Lengkuas
Serai

Bahan C:

Santan
Asam Jawa
Garam
Gula

Cara – cara memasak:

Semua bahan – bahan A diayur sekejap dalam minyak (secara asing – asing) – Angkat dan ketepikan.

Kisarkan bahan – bahan B. Masak sehingga naik bau.

Kemudian masukkan bahan A. Gaul Sebati.
Masukkan bahan C dan gaul sebati.

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Sambal Goreng Jawa Mengancam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Kuey Teow Theng Sedap Baq Hang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker