Resepi Kuey Teow Theng Sedap Baq Hang

Sebaran :

Resepi Kuey Teow Theng Sedap Baq Hang

Siapa pernah makan kuey teow theng. Kalau yang pernah makan mesti terasa dalam mulut sekarang ni kelazatannya.

Tak boleh rentas negeri nak balik Penang makan kuey teow theng huhu. Tapi jangan risau cukup bahan boleh buat sendiri je di rumah. Tak susah pun nak buat kuey teow theng ni. Mudah ja, ikut resepi di bawah :

Bahan Sup

1, Rebus Air kosong dalam periuk
2. Masukkan ayam bahagian tulang2 Dan juga bahagian dada.
3. Masukkan sengkuang kecil sebiji potong 4/5
4 masukkan 4biji kecil gula batu, garam, lada Putih, kuib pati ayam 1
5. Biarkan semuanya mendidih Dan ayam empuk.
6. Keluarkan Dada ayam biarkan sejuk Dan carik2kan isinya

Minyak bawang putih

1 cincang bawang Putih selabu
2. Panaskan 4sb minyak
3. Masukkan bawang Putih cincang kacau2 sehingga bawang garing. Asingkan dalam bekas

Sambal

1. Panaskan 3sb Minyak masak
2. Masukkan sesenduk besar cili kering yg diblend dengan bawang besar
3. Masukkan 2sb serbuk cili kering babas dan sedikit air
4. Biar mendidih masukkan gula Dan garam
5. Masak sehingga pecah minyak dan kering

Bahan2 condiments lain

1. Fish cake Dan bebola ikan bilas dengan Air panas. Hiris halus
2. Daun bawang Dan sup
3. Kuey Teow bilas Air panas

Dah pun siap. Mudah ja kan…..kredit resepi Nur Hafizah Yusoff

Resepi Kuey Teow Theng Sedap Baq Hang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Nasi Lemak Strawberi Extra Special


Sebaran :

Leave a Reply