Lagoon ‘Coca-Cola’ Tarikan Baharu Di Brazil

Lagoon ‘Coca-Cola’ Tarikan Baharu Di Brazil

RIO DE JANEIRO – Sebuah laut di Brazil mendapat jolokan sebagai lagoon ‘Coca-Cola’ berikutan air lautnya yang berwarna coklat kehitaman, lapor laman Oddity Central, kelmarin.

Warna kehitaman air laut Lagoa da Araraquara itu adalah hasil kepekatan iodin dan besi yang digabungkan dengan pigmen daripada rumput alang-alang berdekatan pantainya.

Ia terletak di selatan pantai Rio Grande do Norte, kira-kira 100 kilometer dari bandar Natal.

Lagoon Coca-Cola merupakan antara tarikan paling luar biasa di Brazil.

Lokasi ini menjadi tumpuan pelancong terutama kanak-kanak namun ramai golongan dewasa yang kurang selesa dengan air lautnya yang berwarna gelap.

Ini kerana air laut gelap seolah-olah menandakan bahawa tahap kebersihan di kawasan itu seperti tidak terjamin.

Selain itu, terdapat juga segelintir individu yang mempercayai bahawa warna gelap Lagoon Coca-Cola mempunyai manfaat kesihatan tersendiri. -Agensi

Lagoon ‘Coca-Cola’ Tarikan Baharu Di Brazil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan

Ibu tunggal rugi RM494,400 ditipu African Scam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker