UMNO dedahkan 14 nama Ahli Parlimen tarik sokongan kepada PN

Sebaran :

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah menghantar dua warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan isu penarikan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam warkah tersebut, Ahmad Zahid juga mendedahkan 14 nama ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang juga telah menarik sokongan kepada Muhyiddin.

Mereka adalah:
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk);
Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan);
Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian);
Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong);
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling);
Datuk Azalina Othman Said (Pengerang);
Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan);
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang);
Datuk Mohd. Nizar Zakaria (Parit);
Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut);
Ramli Mohd. Nor (Cameron Highlands);
Datuk Mohamad Alamin (Kimanis);
Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang);
Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib


Sebaran :

Leave a Reply