Kerajaan digesa benarkan guna alat penguji nafas Covid-19

Kerajaan digesa benarkan guna alat penguji nafas Covid-19

Seorang pemimpin kesatuan dan ahli ekonomi menggesa Putrajaya membenarkan penggunaan alat penguji nafas Covid-19 bagi mengesan individu yang dijangkiti virus berkenaan.

Mereka berkata alat itu telah digunakan di Singapura dan Indonesia serta harganya lebih rendah berbanding kit ujian kendiri sedia ada.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata sebuah alat uji pernafasan itu berharga kira-kira RM3,000 dengan kos setiap ujian hanya 15 sen sahaja.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung, Rusli Affandi berkata ujian menggunakan air liur yang dicadangkan kerajaan berharga hampir RM40 setiap satu dan lebih mahal untuk melakukan ujian biasa kepada pekerja.

“Hotel mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat tetapi disebabkan penularan varian Delta, terdapat kes seorang pekerja dijangkiti dan menyebarkannya kepada hampir separuh pekerja lain,” katanya kepada FMT.

Dia menggesa kerajaan mengiktiraf penggunaan alat penguji nafas itu dan ia perlu mengkaji apa jua cara untuk membantu majikan kembali membuka perniagaan.

“Terlalu ramai pekerja hotel yang hilang pekerjaan dan mereka yang masih bekerja pula dijangkiti virus,” katanya.

Barjoyai berkata alat itu berjaya digunakan di lokasi pemeriksaan di Tuas iaitu stesen lintasan sempadan di Singapura.

Dia mendakwa beberapa syarikat tempatan telah membeli alat penguji nafas yang hampir sama untuk membuat ujian terhadap pekerja sebelum masuk ke tempat kerja tetapi ia masih belum mendapat kebenaran pihak berkuasa.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Singapura menggunakannya. Ia bukan lagi di peringkat eksperimen. Jika Singapura dan Indonesia menggunakannya, kenapa tidak kira?” soalnya.

Dia berkata memandangkan mereka yang menerima suntikan dos lengkap masih boleh dijangkiti, penggunaan alat penguji nafas adalah kaedah terbaik untuk ditempatkan di pelbagai premis seperti pusat beli-belah, pasaraya dan kilang bagi membolehkan individu dijangkiti dapat dikesan segera.

Persatuan penduduk juga boleh mengumpul sumbangan untuk membeli alat terbabit untuk digunakan di pintu masuk dan keluar premis itu.

“Ketika rakyat Malaysia mendapat suntikan vaksin, kerajaan boleh membantu perniagaan dengan meluluskan dan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula,” katanya.

Pada Mei, Singapura meluluskan penggunaan alat penguji nafas yang direka untuk mengesan Covid-19 dan ia boleh memberi keputusan tepat dalam tempoh seminit.

Di Indonesia, alat itu dibangunkan oleh saintis di Universiti Gadjah Mada, Jogjakarta, Jawa Tengah dan ia dikatakan mempunyai ketepatan sehingga 90%.

Ia kini digunakan di stesen keretapi, lapangan terbang serta kawasan tumpuan awam yang lain di negara itu.

Indonesia mengakui ia kurang dipercayai berbanding keputusan daripada ujian PCR sedia ada yang menjadi standard utama untuk mengesan Covid-19 di seluruh dunia.

Namun, ia berkata pengunaannya boleh menyaring ramai orang dan mampu mengesan mereka yang positif Covid-19 dengan segera.

Fungsi alat itu dilihat lebih menyamai alat penguji nafas digunakan polis untuk mengesan tahap kandungan alkohol dalam badan pemandu. FMT

Kerajaan digesa benarkan guna alat penguji nafas Covid-19

Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker