Syed Saddiq Sama Dengan Politikus Lama

Pada hari Khamis lepas, Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah didakwa dua tuduhan menyeleweng duit berjumlah RM100 ribu. Kedua-dua tuduhan ini berkaitan dengan pemindahan duit sebanyak RM100 ribu dari akaun Maybank miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera pada 18 dan 19 Jun 2018.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2021/08/05/syed-saddiq-didakwa-dua-pertuduhan-pengubahan-wang-haram/



Tuduhan terkini ini berekoran tuduhan menyeleweng dana parti Bersatu berjumlah sebanyak RM1.12 juta ketika beliau menyandang jawatan Ketua Armada Bersatu. Seperti biasa, tuduhan-tuduhan ini dibalas dengan pelbagai naratif yang cuba memaparkan Syed Saddiq sebagai seorang mangsa percaturan politik. Malangnya, masih ramai yang memilih untuk percayai retorik beliau.

Sumber: https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia-syed-saddiq-muar-mp-cbt-rm1-million-bersatu-15266826

Sejurus sahaja beliau mengaku tidak bersalah di mahkamah, beliau melancarkan tabung untuk mengumpul derma bagi membiayai wang jaminan dan kos guaman. Ada beberapa persoalan yang perlu dikhuatiri dalam tindakan ini. Mengapakah beliau cuba mendapat simpati rakyat dengan gimik sebegini, dan bukankah beliau mampu membayar wang jaminan dan kos guaman sedangkan beliau sudahpun memiliki restoran di kawasan mewah, iaitu Mont Kiara?

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/92480/BERITA/Nasional/Syed-Saddiq-dipanggil-SPRM-lagi



Lebih-lebih lagi, dia sendiri mengaku bahawa rakyat kini sedang mengalami kesukaran akibat kemelesetan ekonomi ekoran wabak Covid-19, khususnya golongan anak muda. Akan tetapi, beliau tetap membuka tabung dan mengharapkan derma duit. Pendekatan Syed Saddiq dalam melawan kononnya ‘penindasan politik’ terhadapnya sambil mengharapkan duit dari rakyat yang sudah kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang adalah sangat berhati perut dan mementingkan diri.

Sumber: https://suaramerdeka.com.my/rakyat-mahu-bantuan-wang-tunai-syed-saddiq/

Jika tuduhan ini hanya satu dua sahaja, mungkin beliau boleh terus mempersendakan rakyat dengan gimik publisiti seperti mengumpul derma dan retorik lawan penindasan politik. Namun begitu, dengan tuduhan yang terbaru ini sudah agaknya Syed Saddiq ini bukanlah sebersih yang beliau cuba gambarkan kepada khalayak ramai.



Agak menghampakan apabila beliau sepatutnya menjadi harapan baru Malaysia tetapi kini turut terpalit dalam amalan gejala rasuah. Bukan rahsia bahawa sistem politik di Malaysia memerlukan pembaharuan semula, dan Syed Saddiq sendiri menyatakan bahawa beliau menyertai politik demi membersihkannya supaya negara boleh terus maju. Katanya nak bersihkan politik, tetapi malangnya terpengaruh oleh orang tua-tua dan cara lama mereka.

Siapa lagi yang golongan muda boleh harapkan sekarang? Nampaknya Syed Saddiq ini hanya mampu berdebat dan bersuara, tetapi gagal dari segi mengikuti retorik sendirinya. Bah kata pepatah, tin kosong nyaring bunyinya. Jika anda tidak percaya, tengoklah pencapaiannya semasa beliau menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Hanya ada kontroversi Youth Power Club (YPC) dan pelbagai gimik seperti bermain golf dan PS4 di pejabat.

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/460987



Adakah Malaysia mampu beralih dari mengharapkan golongan politikus yang mengamalkan rasuah? Yang jelasnya ialah Syed Saddiq bukanlah harapan untuk masa depan Malaysia. Cukuplah Syed Saddiq, baik anda menghadapi tuduhan-tuduhan ini dan buktikan anda tidak bersalah di mahkamah.

Syed Kamal

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


‘Sistem demokrasi hancur jika Muhyiddin teruskan jawatan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker