Love Scam, rugi RM105,523 dipedayakan

Love Scam, rugi RM105,523 dipedayakan

SEREMBAN – Seorang wanita berusia 36 tahun di Felda Serting Hilir, Jempol mengalami kerugian sebanyak RM105,523 selepas terperdaya dengan kekasih mayanya dari negara jiran Indonesia yang dikenalinya sejak penghujung tahun 2018.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa yang merupakan seorang peniaga itu telah melakukan sebanyak 37 kali transaksi ke atas 19 akaun berbeza bagi membantu rakan yang dikenali dengan nama KA Agus sejak 31 Ogos 2019.



Menurutnya, permulaan perhubungan perkenalan berkenaan hanyalah secara berhubung di Facebook Massenger dan lanjutan perhubungan ini berlansung di talian-talian whatsApp dari pelbagai nombor dari individu berkenaan yang dikatakan berasal dari Palembang, Indonesia.

“Suspek telah meminta wang daripada mangsa untuk membantu masalah kewangan yang dihadapinya. Lelaki berkenaan juga sering meminta wang bagi menyelesaikan masalah keluarganya.

“Suspek memaklumkan kesemua wang yang telah diberikan ini akan dibayar semula setelah menjual tanahnya di Indonesia. Mangsa yang percaya telah membuat pengiriman wang kepada suspek dengan menggunapakai ejen-ejen kiriman wang yang ada di sekitar Bahau,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Aibee berkata, mangsa akhirnya tersedar dirinya terperdaya dengan individu yang tidak pernah ditemuinya itu dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kikir kelmarin dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. K Online




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



Love Scam, rugi RM105,523 dipedayakan

Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker