Malaysia ke-6 tertinggi dunia rekod kes Covid-19 per kapita

Malaysia ke-6 tertinggi dunia rekod kes Covid-19 per kapita minggu lalu

Malaysia merekodkan kes harian baharu Covid-19 per kapita keenam tertinggi di dunia minggu lepas, menurut penjejak data Our World in Data.

Kedudukan negara ketika ini adalah di belakang Fiji, Cuba, Botswana, Georgia dan Cyprus.

Malaysia juga berada di tempat ke-19 antara negara dengan angka kematian Covid-19 baharu per kapita tertinggi, iaitu pada 5.25 kematian per juta orang dalam tempoh purata tujuh hari, selepas Indonesia (6.30) dan Myanmar (6.64).

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial Azrul Mohd Khalib percaya ini disebabkan oleh kombinasi beberapa faktor, termasuk penularan berkait aktiviti politik, agama dan budaya, kemunculan varian Delta dan langkah sekatan penuh yang tidak berkesan.

Katanya, pihak berkuasa perlu melihat data berkaitan peningkatan kemasukan ke hospital, kadar kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kematian yang secara jelasnya menggambarkan bagaimana langkah-langkah kesihatan awam di Malaysia memberi hasil “bercampur, tidak konsisten dan tidak mampan”.

“Ia memberitahu kita bahawa langkah-langkah ini perlu berkembang dan disesuaikan. Kita juga perlu melihat secara objektif langkah-langkah yang diambil ketika ini, selain melihat apa yang berhasil, apa yang tidak, dan sanggup membuat perubahan.

“Jangan ulang perkara sama dan harap hasil yang berbeza. Situasi di Malaysia ketika ini tak sama dengan tempoh sepertinya pada tahun lepas.”

Semalam, Malaysia menjadi negara ketujuh yang merekodkan kes harian baharu per kapita tertinggi selepas Eswatini di Afrika.

Dari segi angka kematian baharu per juta orang, Malaysia naik ke tangga ke-9 dari tangga ke-17, melangkaui Myanmar dan Indonesia, namun masih di belakang Botswana, Tunisia, Fiji, Georgia, Eswatini, Cuba, Namibia dan Bahamas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian dijangka menurun akhir bulan ini, namun kata Azrul, anggaran ini masih terlalu awal.

Jelasnya, kadar peratusan penduduk yang belum menerima vaksin masih tinggi dan terlalu awal untuk menyatakan sama ada kes akan mencapai kemuncak dalam tempoh beberapa minggu.

“Ramalan ini pernah dibuat sebelum ini dan ia ternyata salah,” katanya.

Ahli epidemiologi Vinogiri KS berkata, kadar vaksinasi telah meningkat, namun kes mungkin tidak akan memuncak menjelang akhir Ogos disebabkan kemunculan varian baharu.

Katanya, mutasi baharu Lambda telah menunjukkan kebolehjangkitan tinggi berbanding varian Gamma dan Alpha, serta penghindaran imun terhadap antibodi yang meneutralkan.

Katanya, Putrajaya melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) terlalu awal ketika varian berbahaya mungkin sudah berada dalam komuniti.

“Individu yang telah menerima vaksin pun boleh dijangkiti dan jatuh sakit, terutamanya warga emas dan golongan yang mempunyai komorbiditi,” katanya.

“Penting untuk memutuskan rantaian jangkitan dan melandaikan lekuk (jangkitan) terlebih dahulu sebelum memberi kelonggaran, tanpa mengambil kira kadar vaksinasi yang tinggi.”

Gelombang ketiga dan lonjakan kes membuktikan kerajaan gagal melaksanakan langkah-langkah kesihatan awam dengan baik, katanya, sambil membandingkan perintah kawalan pergerakan (PKP) baru-baru ini dengan PKP 1.0 tahun lepas.
a rekod kes Covid-19 per kapita
Katanya, langkah memendekkan tempoh kuarantin bagi pengembara luar negara kepada 10 hari adalah “keputusan yang teruk”, sambil mengaitkannya dengan kehadiran pelbagai varian di Malaysia.

“Varian membimbangkan (VOC) boleh menunjukkan keputusan negatif palsu,” katanya.

“Ini telah mendorong dominasinya dalam komuniti dengan kadar jangkitan lebih tinggi dan pantas, selain peningkatan kes-kes teruk dan kematian di semua peringkat umur.” FMT

Malaysia ke-6 tertinggi dunia rekod kes Covid-19 per kapita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker