‘Sistem demokrasi hancur jika Muhyiddin teruskan jawatan’

‘Sistem demokrasi hancur jika Muhyiddin teruskan jawatan’. Institusi demokrasi negara akan menjadi hancur sekiranya pimpinan kerajaan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak meletakkan jawatannya atau diberhentikan dengan seger

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mendakwa, Muhyiddin telah menyebabkan sistem demokrasi berparlimen negara kini berada di tahap yang membimbangkan.

Menurutnya, keadaan politik negara semakin kucar-kacir adalah disebabkan kerajaan yang hilang penghormatan mereka terhadap sistem tersebut.

“Sekarang ini, penghormatan pada pilihan raya tidak ada. Mereka gunakan isu perkauman kononnya Islam dan hak orang Melayu terancam. Mesti menubuhkan kerajaan Melayu-Islam.

“Demokrasi dan hak rakyat tidak dihormati, akhirnya menyebabkan tidak menghormati institusi yang tertegak di Malaysia iaitu institusi Parlimen, Yang di-Pertuan Agung dan Raja-raja Melayu.

“Parlimen sekarang juga telah hilang kewibawaan. Kami ahli Parlimen tidak boleh masuk Parlimen, kononnya Covid-19 merebak di situ. Namun pada petang, Pengarah Kesihatan masuk ke Parlimen. Ini lawak di abad ini.

“Parlimen dipermainkan, institusi demokrasi menuju kehancuran kalau Perdana Menteri tidak berhenti atau diberhentikan dengan pelbagai cara. Beliau lingkupkan sistem Parlimen demokrasi di Malaysia,” katanya semasa siaran langsung Temu Bual Eksklusif bersama Presiden Amanah di Facebook pada Selasa.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, hukuman perlu diberikan atas sikap yang telah menyebabkan kehancuran kepada demokrasi, perlembagaan dan institusi.

Jelas beliau, tindakan yang dilakukan Muhyiddin merupakan satu kesilapan besar dan akan memberikan kesan buruk kepada generasi muda akan datang.

“Saya takut apabila sistem yang kita bina, demokrasi berparlimen hancur. Anak muda tidak percaya lagi dengan sistem ini. Ini amat berbahaya.

“Apabila mereka tidak percaya dengan sistem ini, anak muda akan meneroka jalan lain. Jalan lain ini kalau ada unsur luar masuk, ia akan mengancam keselamatan negara.

“Apabila demokrasi berparlimen hancur, ia membahayakan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. Ia menyebabkan unsur luar mudah ditiupkan untuk main isu perkauman agama dan sebagainya,” ujar beliau.

‘Sistem demokrasi hancur jika Muhyiddin teruskan jawatan’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beza budaya politik Cina dan Melayu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker