Pakar peperangan dedahkan Hamas sukar untuk dikalahkan

GAZA: Seminggu selepas menghantar tentera darat ke Gaza, Israel berkata, tenteranya mengepung Gaza City di utara wilayah, membunuh 10 komander Hamas yang membantu merancang serangan ke atas rejim zionis pada 7 Oktober lalu dan mencatatkan kejayaan mengagumkan, menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Tentera Israel kelihatan dalam proses memotong dua Semenanjung Gaza, di selatan Gaza City. Menjelang Jumaat, mereka sudah mara kira-kira 15 kilometer (km) dari sempadan Gaza-Israel di sepanjang jalan pantai, bersebelahan Hospital Persahabatan Turkiye-Palestine, di selatan Gaza City.

Sementara itu, Hamas berkata, ia sedang memerangi perisai Israel di timur lokasi itu, di Juhor ad-Dik, menunjukkan tentera Israel beroperasi hampir merentasi Semenanjung Gaza, dari pantai ke sempadan.

Pertempuran berterusan ke belakang kedudukan itu. Sumber yang bersekutu dengan Hamas berkata, pertempuran sedang berlangsung di Beit Hanoun, di sudut timur laut Semenanjung Gaza.

Israel mendakwa, kem pelarian Jabalia di utara Gaza City adalah hab rangkaian terowong Hamas yang digunakan untuk simpanan senjata, kedudukan tembakan roket dan terowong menuju ke pantai.

Israel, tanpa memberikan bukti jelas untuk menyokong dakwaanya itu, meratakan sebahagian besar Jabalia dalam serbuan udara selama tiga hari, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin.

Sejak serangan Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober lalu yang mengorbankan lebih 1,400 orang, pengeboman udara Israel ke atas Gaza, yang kini disertai serangan darat, sudah meragut lebih 9,400 nyawa rakyat Palestin, termasuk hampir 4,000 kanak-kanak.

Jumaat lalu, konvoi ambulans dari Gaza City menuju selatan Gaza dibom, dengan sekali lagi, Israel mendakwa, tanpa memberikan bukti, bahawa pejuang Hamas berada dalam ambulans. Tindakan itu itu membunuh 15 orang.

Bagaimanapun, Israel masih gagal menghapuskan keupayaan Hamas untuk melancarkan roket yang menyasarkan kedudukan tentera di Israel, dengan kira-kira 12 serangan sehari, sepanjang minggu, walaupun ia menurun kepada sembilan serangan roket pada 3 November lalu.

Pada 25 Oktober lalu, Netanyahu mengisytiharkan matlamat Israel dalam beberapa hari akan datang adalah “untuk menghapuskan Hamas dengan memusnahkan keupayaan ketenteraan dan tadbir urus selain untuk melakukan segala yang mungkin untuk mendapatkan kembali tebusan kami”.

Tentera Israel menguji tindak balas Hamas dengan pencerobohan terhad ke utara Gaza pada malam berikutnya, menggunakan jentolak, sebelum melakukan beberapa lagi serangan darat ke atas Gaza pada malam 27 Oktober, kali ini disokong helikopter tempur.

Pada 28 Oktober, Israel melancarkan serangan daratnya, tepat tiga minggu selepas serangan Hamas ke atas Israel selatan.

Pencerobohan itu disertai dengan pemadaman telekomunikasi, memotong akses internet dan telefon di Semenanjung Gaza.

Pakar memberitahu Al Jazeera, kedua-dua serangan Hamas dan tindak balas Israel menandakan pelepasan daripada konfrontasi masa lalu antara mereka dalam skala dan begitu kompleks.

“Apa yang kita lihat sejak 7 Oktober adalah jenis peperangan hibrid baharu,” kata profesor kajian strategik di Lumsa Master School–University, Matteo Bressan.

“Hamas dapat melancarkan 6,000 roket ke Israel dan jumlah itu menunjukkan keupayaan ketenteraan yang tidak pernah dimiliki Hamas pada masa lalu.

“Persoalannya adalah bagaimana mungkin Hamas sudah melakukan 20 serangan di 20 kampung berbeza. Ini bermakna Hamas mempunyai latihan dan persediaan yang jelas untuk melakukannya,” kata Bressan.

Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, berkata mereka menyasarkan roket ke reaktor nuklear Israel dan kemudahan penyelidikan di Dimona, kali pertama mereka melakukannya.

“Itulah sebabnya tindak balas Israel berbeza daripada masa lalu… ia tidak mudah dan ia akan mengambil masa untuk Israel,” kata Bressan.

Komander pasukan khas Amerika Syarikat (AS), Demetries Andrew Grimes berkata kepada Al Jazeera, Hamas sudah bersiap sedia untuk kempen ini agak lama dan menembak banyak roket.

“Banyak bateri roket Hamas tertimbus di bawah tanah atau dikerahkan melalui rangkaian terowong di bawah Gaza,” katanya.

Beliau menyifatkan matlamat Israel untuk memusnahkan Hamas sebagai “usaha yang amat mencabar”. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker