Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak-Anak
Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak-anak
“Malam tadi adalah detik terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor.”
Itu kata Shuib mengenai panggilan video dia bersama tiga anaknya dengan Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), malam tadi.
Shuib berkata, ketika panggilan video dibuat arwah kelihatan mengalirkan air mata seolah-olah memahami apa yang diungkapkan dia dan tiga cahaya mata mereka iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.
“Air matanya berlinangan seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya. Saya ada ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat tapi saya tidak dibenarkan bertemu arwah,” katanya.
Menurut Shuib, dia reda dengan pemergian isterinya pagi tadi kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.
“Saya belum memaklumkan kepada anak-anak mengenai pemergian arwah ibunya kerana saya bergegas ke hospital pagi tadi.
“Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi,” katanya.-HM
Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak-anak
Baca Artikel Menarik :
- Parti Lain Boleh Tangguh, Tapi UMNO Dipaksa Laksanakan
- Banjir atas padang, pengadil paksa main bola
- Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka
- Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin
- Siti Sarah ditiarapkan, darah beku di paru-paru
- Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas
Layari Laman Facebook MYKMU
6 anggota polis antara ditahan di pusat hiburan
You must be logged in to post a comment.