Penghulu minta gambar bogel isteri, suami buat laporan polis

Seorang suami akan membuat laporan polis kerana mendakwa Penghulu Desa Ungga, Suasto Hadiputro Armin meminta gambar bogel isterinya melalui aplikasi WhatsApp, lapor portal berita detikbali semalam.

Suami berkenaan dikenali sebagai Kariyawan, 49, dan kini menguruskan kepulangan isterinya yang berumur 19 tahun dan bekerja di Arab Saudi.

“Kami sedang urus kepulangan (isterinya) dari Arab Saudi,” ujarnya kepada detikBali melalui WhatsApp semalam.



Bagi membuat laporan polis, dia menyerahkan sepenuhnya kepada peguam bela isterinya yang juga Penyelaras Aliansi Masyarakat Penjaga Kehormatan Perempuan dan Marwah Desa, Apriadi Abdi Negara.

Suasto masih bertugas sebagai penghulu tetapi Kariyawan memintanya meletakkan jawatan. Suasto menafikan meminta gambar bogel tersebut dan menyatakan tuduhan tersebut adalah tidak benar.

Kata Suasto, nombor WhatsApp yang mengandungi permintaan supaya isteri tersebut menghantar gambar bogelnya sudah lama tidak digunakannya.

Berikutan tuduhan tersebut, sejumlah penduduk desa itu melakukan tunjuk perasaan di pejabat Suasto bagi meminta dia meletak jawatan pada Selasa lalu. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker