Bot karam: 10 lemas, 46 masih hilang

Bot karam: 10 lemas, 46 masih hilang

KOTA TINGGI: Sekurang-kurangnya 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas, manakala 46 lagi masih hilang selepas bot pancung yang menyeludup mereka terbalik dan karam di perairan Tanjung Balau di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, 10 mangsa disahkan meninggal dunia, empat lagi mangsa ditemui selamat, manakala 46 mangsa lagi masih hilang.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Rafiee Karim, berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan 46 mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu, yang berlaku kira-kira 20 meter daripada pantai Tanjung Balau.

“Bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.40 pagi tadi sebelum mengejarkan anggota penyelamat ke lokasi kejadian.

“Dianggarkan ada 60 orang menaiki bot pancung berkenaan, namun ia terbalik berikutan ombak kuat menyebabkan semua PATI yang berada di atas bot pancung itu terjatuh ke dalam laut.

“Seramai 10 mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), empat berjaya diselamatkan dan 46 mangsa masih belum dijumpai.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan Bomba dan dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya ketika dihubungi. BH

Bot karam: 10 lemas, 46 masih hilang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker